Tuesday, 19 June 2018

DAP Mahu Speaker Dewan Rakyat?!


Ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh dikatakan bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, pemilihan Hannah Yeoh itu ekoran dari pengalaman beliau ketika mengendalikan Dewan Undangan Negeri Selangor serta dilihat sebagai seorang reformis yang berani membawa agenda perubahan yang boleh mengangkat kembali martabat dan peranan Parlimen Malaysia.

“DAP mencadangkan Hannah Yeoh dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat sebab beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai Speaker (Dun Selangor) yang menyokong agenda reformis.

“Selain daripada itu, Hannah juga merupakan seorang yang berani serta mempunyai idea dalam membawa pelbagai agenda-agenda besar untuk meletakkan institusi parlimen kembali dihormati,” kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu.


Sumber itu turut menjelaskan DAP mengharapkan agar pemilihan Hannah dapat memulihkan imej negara yang sebelum ini tercalar teruk dengan pelbagai skandal.

“Pemilihan Hannah juga bakal mengukir satu lagi sejarah baru negara sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang selama ini dimonopoli oleh kaum lelaki.

“Sebelum ini Parlimen kita sering menjadi bahan jenaka masyarakat dunia kerana gagal berfungsi seperti yang diharapkan serta sering menjadi perisai bagi menyelamatkan pemimpin negara yang korup, maka pemilihan Hannah ini dilihat sebagai satu keputusan yang tepat bagi memulihkan imej negara yang telah tercemar,” tegasnya lagi.

Sementara itu Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran ketika ditemubual sebuah portal baru-baru ini turut memberikan gambaran yang sama berhubunng perlantikan Hannah itu.

Kulasegaran yang juga merupakan ahli parlimen DAP Ipoh Barat berkata beliau telah berjumpa dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membincangkan mengenai perlantikan tersebut.

Sekiranya terpilih, Hannah bakal mencipta sejarah sebagai orang bukan Islam yang pertama dilantik menjawat jawatan tersebut.

Sidang pertama Dewan Rakyat dijadual berlangsung pada 25 Jun ini. – SuaraTV

DS : Padah kepada pencatur politik di negara ini, akhirnya satu persatu diragut didepan batang hidung?
Baca Seterusnya...

Thursday, 7 June 2018

Lorong Tol Mula Ditutup 12 hingga 24 Jun 2018 #MalaysiaMemilih #TolPercuma #PakatanHarapan



Lorong Tol mula ditutup mulai 12 hingga 24 Jun 2018?
Berita gembira ini ditagih oleh semua rakyat Malaysia yang dahagakan manifestor Pakatan Harapan yang menjanjikan Tol Percuma pada kempen Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu.

Dalam jelajah kempen PRU14, rata rata pemimpin (kerajaan hari ini) menjanjikan pelbagai tawaran yang boleh disama ertikan seperti kata kata dari sebuah filem bertajuk 'The God Father(1972)' yang berbunyi "I'll Make Him an OfferHe Can't Refuse" oleh watak Don Vito Carleone.

Selepas Kerajaan Pakatan Harapan memerintah belakulah kejadian yang tidak dijangkakan oleh seluruh rakyat Malaysia antaranya Kerajaan bersetuju dengan pendapat Parti Paling Dominan didalam Kerajaan Pakatan iaitu DAP untuk membuat penjawat awam. Dari jumlah yang dianggarkan akan dipecat 50,000 akan tetapi dimulakan dengan 17,000 penjawat awam yang berstatus kontrak dengan alasan 'mereka diterima berkerja kerana lantikkan politik'

Alasan yang sengaja dihebahkan adalah untuk para penyokong Pakatan bersetuju dengan arahan dan pelaksanaan tersebut (kerana dendamkan penjawat awam yang majoriti Melayu dan terbela dibawah pemerintahan Kerajaan sebelum ini) akhirnya pihak kerajaan gagal menyingkirkan pekerja pekerja ini contohnya SPAD (Diantara mereka ada pegawai lantikan kontrak/tetap) kononnya mahu dipindahkan ke Jabatan Pengangkutan Awam akhirnya dikekalkan dan ditukarkan nama kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat - APAD kerana mereka secara jelas tugas SPAD adalah berbeza dengan Jabatan Pengangkutan Jalan yang mana tenaga pakar yang dilantik berkerja bukan semata mata jalan raya tetapi mereka adalah yang arif tentang LRT dan MRT dan mereka juga bukan dilantikan dari mana mana parti politik.

Ini kerana sebelum ini admin sendiri telah menyuarakan didalam blog ini tentang SPAD sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam hal hal yang berkaitan dengan pengurusan Pengangkutan Awam Darat. Kerajaan terlalu emosi dalam menjawap persoalan dan gopoh dalam mengeluarkan kenyataan yang akhirnya tidak memberi faedah kepada negara. Lihatlah kisahnya salah melaporkan hal tentang Hutang Negara untuk membuat alasan (tidak mampu menunaikan manifestor Pakatan) kerana kantung kerajaan sedang tenat sedangkan semua tahu rizab kerajaan yang ditinggalkan oleh DS Najib Razak bernilai lebih RM400 billion.

Hari ini harga Petrol dinaikkan ianya telah bercanggah dengan manifestor Pakatan Harapan yang mahu menurunkan harga petrol sehingga bawah RM1.50 alangkah malangnya pak lebai menang sorak kampung tergadai.

Yang berjaya ditutup mulai 12 - 24 Jun ini hanyalah "Lorong Tambah Nilai sahaja" sedangkan tol masih lagi dikenakan oleh Kerajaan sedangkan yang dijanjikan adalah percuma.

Harga barang usah risau, tetap tidak berubah malah makin mahal. Kerana tidak ada satu pun negara didalam dunia ini mampu menurunkan harga barang seperti zaman dahulu kala kerana mengikut takrif ekonomi harga barang dipengaruhi dengan faktor nilai mata wang, cukai, cuaca, pemintaan, pengeluaran, polulasi penduduk dan beberapa sebab lagi (tidak lupa jerung jerung (orang tengah) yang akan kembali berkuasa (main harga) selepas GST dimansuhkan dan dikembalikan dengan cukai lama SST).

Padah rakyat Malaysia mengundi kerajaan hari ini dengan berpandukan fitnah dan maklumat yang salah dan dimanipulasikan. 

Nak kata 'padan muka' Admin pun turut kena bayar tol. Sama samalah kita padan muka.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...