Friday, 4 May 2018

#SPAD Buat Lawatan Rasmi Ke Wilayah Utara #PenangSentral

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi SPAD, Pn Qamar Wan Noor dan pihak pengurusan SPAD telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Wilayah Utara pada Khamis, 3 Mei 2018


Pada lawatan ini, rombongan SPAD telah meninjau kemajuan projek hab pengangkutan awam berintegrasi Penang Sentral, yang mempunyai kemudahan untuk bas, teksi, pengguna KTMB, dan feri.




Rombongan SPAD juga telah melawat Pusat Kawalan Bas (Bus Control Centre) Rapid Penang, yang memantau pergerakan semua bas yang dioperasikan oleh Rapid Penang, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd.





Pusat kawalan tersebut yang terletak di Pengkalan Weld mampu membantu Rapid Penang mengawal segala pergerakan bas di wilayah utara, termasuk bas Rapid Kamunting dan Rapid Manjung yang beroperasi di utara Perak.





Projek ini juga adalah selaras dengan rancangan tempatan dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang di bawah kerajaan negeri. Projek ini merupakan inisiatif pihak swasta iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) melalui kerajaan persekutuan.

Tanah projek Penang Sentral yang melibatkan 28 bidang tanah di kawasan seksyen bandar Butterworth telah diberikan kepada Penang Sentral Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh MRCB.


Kesemua pengangkutan awam ini diletakkan di bawah satu bumbung yang menawarkan satu sistem pengangkutan awam yang komprehensif. Selain itu, ia adalah pemangkin kepada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang dapat merealisasikan rancangan di dalam pelan tersebut.
#SPAD Buat Lawatan Rasmi Ke Wilayah Utara #PenangSentral Daeng Selili Rating: 5 Friday, 4 May 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...