Thursday, 3 May 2018

SKYPARK Percuma Sebulan #SPAD #SkyPark

Stesen Terminal Skypark yang baru dibuka dijangka akan menerima 3,250 penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan tersebut untuk sehari. Stesen yang mula beroperasi pada 1hb Mei 2018 ini menyediakan perkhidmatan pertama seawal jam 5.30 pagi dan terakhir jam 9.25 malam. Manakala dari Terminal Skypark akan bermula jam 7.50 pagi dan berakhir jam 11.20 malam. 

Sebagai permulaan, bermula pada 1hb Mei hingga 31 Mei ini perkhidmatan ini akan beroperasi dengan kekerapan 60 ke 180 minit. Manakala bermula 1 Jun ianya akan beroperasi setiap 60 minit sekali.


Pembukaan stesen dan perkhidmatan tren disediakan itu adalah alternatif mod perjalanan melalui rel kepada orang ramai khususnya untuk memberi tumpuan kepada penumpang yang kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan di Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang Jaya serta mereka yang tinggal dan bekerja di sekitar kawasan berkenaan.

Keretapai Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan bahawa, stesen yang bermula dar KL Sentral itu telah menerima sambutan yang amat baik daripada penumpang yang ingin merasai pengalaman pertama mereka. 

Tiga set tren dengan tiga gerabak telah disediakan dan beroperasi pada setiap hari yang akan memberi perkhidmatan sebanyak 26 kali bermula dari Stesen KL Sentral hinggalah ke Terminal Skypark dan sebaliknya, ujar KTMB lagi. 

Kemampuan tren ini ialah dengan memuatkan 300 penumpang dengan 200 tempat duduk disediakan. Bagi tempoh sebulan pertama, orang ramai akan diberi peluang untuk menggunakan perkhidmatan ini secara percuma sebelum ianya mendapat kelulusan tambang daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 

Seorang penumpang bernama Zarina Ismail berumur 47 tahun, dimana beliau pertama kali menggunakan perkhidmatan dari KL Sentral ke Subang Jaya memaklumkan bahawa, perkhidmatan ini boleh dijadikan sebagai alternatif perjalanan ke tempat kerja. 

Beliau yang menetap di Subang Bistari dan bekerja di Petaling Jaya sebelum ini menggunakan kereta untuk ketempat kerja. Beliau telah mencuba menggunakan perkhidmatan ini dan mengakui ianya boleh membantu menjimatkan masa dan minyak kereta, apatah lagi masanya yang sangat fleksible. Secara tidak langsung beliau boleh merancang untuk ketempat kerja, ujarnya lagi. 

Manakala bagi Siti Norlida Badiozaman yang berumur 32 tahun yang telah menggunakan perkhidmatan ini bagi merasai sendiri pengalaman bersama dengan keluarganya memaklumkan bahawa, perkhidmatan ini amat efisen, tempat duduk penumpang selesa dan urusan untuk mendapatkan tiket juga mudah. Beliau berharap perkhidmatan ini akan memudahkan setiap orang yang ingin menggunakan perkhidmatan ini, uajrnya lagi.
SKYPARK Percuma Sebulan #SPAD #SkyPark Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 3 May 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...