Wednesday, 23 May 2018

Kakitangan Harap Kerajaan Tidak Bubar #SPAD

Pekerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang ditubuhkan pada tahun 2010 tidak menjangkakan ia akan dibubarkan. 

Salah seorang kakitangan yang tidak mahu didedahkan identitinya memberitahu kepada wartawan menyatakan rasa terkejut apabila suruhanjaya itu mahu dibubarkan oleh kerajaan sepertimana yang disampaikan oleh PM Tun Dr. Mahathir pada sidang media petang tadi. 

"Kami semua memang tidak jangka perkara ini berlaku sebab kami buat kerja... pelantikan staf di sini bukan pelantikan politik... pelantikan kami sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kami (SPAD) memudahkan pengurusan untuk pengangkutan darat. Berbeza dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), mereka lebih kepada pengangkutan persendirian. Kami harap kerajaan dapat pencerahan sebenarnya apa fungsi SPAD, " kata kakitangan tersebut. 

Beliau memberitahu mereka masih belum dimaklumkan bila tarikh terakhir mereka akan berkerja akan tetapi masih mengharapkan pertimbangan yang baik akan belaku oleh pihak Kerajaan. 

SPAD sebelum ini dilihat secara umumnya sebuah badan pemantau bebas yang berkecekapan dalam hal hal yang melibatkan pengangkutan awam dan rata ratanya memberikan maklumbalas yang positif oleh para pengguna pengangkutan awam. 

Antara operasi berjaya yang telah dilakukan oleh SPAD antaranya operasi membenteras penipuan 'ulat tiket dan ulat teksi' yang membelenggu para pengguna di terminal teminal hentian bas, teksi dan lapangan terbang.

Sebelum ini tidak ada badan yang bertindak efektif dalam menangani  masalah itu sehingga tertubuhnya SPAD. Kini masalah sedemikian tidak lagi menjadi hal yang kritikal memandangkan pihak SPAD sering melakukan pemantauan dan operasi operasi bersepadu bersama dengan agensi lain antaranya pihak Polis Di Raja Malaysia.


Kakitangan Harap Kerajaan Tidak Bubar #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 23 May 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...