Thursday, 3 May 2018

Empat Suspek 'Prebet Sapu' Ditahan Di KLIA #SPAD

LAGI EMPAT suspek ditahan oleh Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Terminal KLIA dan KLIA 2, selepas dikesan menjalankan aktiviti ‘prebet sapu’ dilokasi tersebut pada pagi semalam. 

Operasi Khas Parasit dilaksanakan selepas mendapat aduan daripada orang ramai itu yang disertai seorang pegawai dan 25 orang anggota itu mengunakan modus penyamaran bermula pada jam 8.00 pagi kemarin dan tamat pada jam 5.00 pagi semalam. 

Jurucakap SPAD memberitahu, hasil operasi ini pihaknya menahan empat orang suspek yang didapati memujuk pelanggan di terminal berkenaan dan tiga daripadanya adalah pemandu yang menggunakan aplikasi e-hailing yang berdaftar. 

Salah seorang suspek yang ditahan oleh SPAD
"Operasi dilaksanakan bagi membanteras kegiatan ulat dan kereta sapu di Terminal KLIA dan KLIA 2. Modus operandi operasi adalah secara penyamaran dan pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

"Hasil daripada operasi yang dijalankan, Pasukan Penguatkuasa SPAD berjaya membuat tangkapan terhadap empat suspek masing-masing ulat kereta sapu dan ulat aplikasi. Kami turut menyita tiga kenderaan persendirian," kata jurucakap SPAD. 

Beliau menambah, hasil siasatan mendapati mereka memujuk pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan mereka bagi perjalanan sekitar Puchong, Balakong, Seri Kembangan dan Kuala Lumpur dengan caj sekitar RM70 sehingga RM100 sehala. 

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana memujuk. 

"Operasi ini dijalankan secara berterusan kerana pihak kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung aktiviti ulat teksi. Pihak kami juga kesal dengan tindakan pemandu e-hailing yang menyalahgunakan aplikasi berkenaan. 

"Taktik menggunakan aplikasi e-hailing ini dilihat semakin berleluasa sebagai satu daripada cara mengelak daripada ditahan kerana menjalankan prebet sapu. Sedangkan mereka memujuk penumpang terlebih dahulu tanpa menggunakan aplikasi berkenaan sebelum memasukkan butiran penumpang kononnya pelanggan yang membuat permintaan untuk mengambil mereka di lokasi," katanya lagi.
Empat Suspek 'Prebet Sapu' Ditahan Di KLIA #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 3 May 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...