Monday, 16 April 2018

SPAD Jawap Fitnah Kad Bantuan Teksi 1Malaysia #SPAD #KadBantuanTeksi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia (KBT1M) pada 13 April 2018 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS). Namun ianya telah difitnah kononnya ‘pemandu menjadi marah selepas diberitahu KBT1M hanya akan diberikan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah menafikan dakwaan dan fitnah ini sebagaimana yang telah ditularkan di media sosial. Justeru itu pihak SPAD tidak akan teragak – agak akan membuat laporan polis supaya penyebar berita palsu tersebut disiasat pihak berkuasa, sekiranya dakwaan tidak berasas itu masih ditularkan.

SPAD telah mengesahkan bahawa ribuan pemandu telah mengambil kad masing – masing selepas ianya dilancarkan dan kesemua KBT1M akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh negara. Selain daripada itu Pemandu teksi juga akan mendapat kemudahan lain di bawah program kesetiaan Mesra Petronas, termasuk perlindungan insurans kemalangan peribadi sehingga RM50,000 melalui KBT1M ini.
Dalam pada itu, SPAD telah menasihatkan kepada pemandu teksi supaya tidak perlu risau kerana pihak SPAD telah menyediakan sebanyak 67,000 KBT1M yang boleh diambil dalam tempoh tiga bulan bermula 16 April sehingga 16 Julai 2018.

Pemandu teksi boleh mengambil kad berkenaan dari pejabat – pejabat cawangan SPAD dan ianya tertakluk kepada waktu pejabat dan hari – hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak

Pihak SPAD amat menghargai kepada semua persatuan – persatuan pemandu dan seluruh pemadu teksi yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis tersebut dan sebagaimana yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, KBT1M yang melibatkan dana sebanyak RM53.6 juta iaitu kerjasama antara Kementerian Kewangan dan SPAD ini akan dapat mengurangkan kos operasi harian dan secara tidak langsung ianya akan menigkatkan pendapatan para pemandu teksi berkenaan. 

Manakala amaun yang bernilai RM800 dalam KBT1M ini akan dikaji dari semasa ke semasa bergantung kepada kemampuan kerajaan.

Maklumat lanjut mengenai KBT1M boleh dilayari di laman web: www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia - 15/4/2018

INFO :

Pengambilan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di pejabat SPAD bermula Isnin (16 April hingga 16 Julai 2018)

• Pejabat SPAD Kelana Jaya 

• Pejabat SPAD Pulau Pinang

• Pejabat SPAD Kuala Terengganu

• Pejabat SPAD Johor Bahru

Pengambilan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17 April hingga 16 Julai 2018)

• Cawangan SPAD Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan

• Cawangan SPAD Melaka

• Cawangan SPAD UTC Ipoh

• Cawangan SPAD UTC Alor Setar

• Cawangan SPAD UTC Kota Bahru

• Cawangan SPAD Langkawi
SPAD Jawap Fitnah Kad Bantuan Teksi 1Malaysia #SPAD #KadBantuanTeksi Daeng Selili Rating: 5 Monday, 16 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...