Monday, 23 April 2018

SABAR! Utamakan Semangat Barisan Nasional - Liow Tiong Lai #MCA

Kemelut sebagaiman parti komponen Barisan Nasional di Wangsa Maju lazimnya akan berlaku apabila parti yang sepatutnya mewakili parlimen berkenaan tidak terpilih dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sekali lagi MCA berjaya terpilih atas kesepakatan dan persetujuan pucuk pimpinan BN. 

Datuk Seri Yew Teong Look akan menjadi calon di parlimen Wangsa Maju pada PRU14 kali ini. Keputusan ini sedikit sebanyak telah mengecewakan penyokong parti UMNO kerana mereka amat berharap agar UMNO terpilih menjadi calon pula pada PRU kali ini. 

Para penyokong UMNO Wangsa Maju kononnya telah ‘merajuk dan memboikot’ BN kerana merasakan segala usaha dan penat lelah selama ini sia – sia memandangkan Ketua UMNO bahagian Wangsa Maju tidak tercalon pada PRU kali ini. Mereka berpendapat dengan majoriti pengundi melayu iaitu sebanyak 60% maka UMNO berhak diberi peluang sekali lagi kali ini. 


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengulas hal ini kepada pemberita sewaktu di temui di pejabat UMNO negeri yang mana beliau telah menggesa agar para penyokong BN di kawasan parlimen Wangsa maju supaya terus bersatu dan menghormati semangat kesepakatan BN mengenai pengagihan kerusi kerana BN mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi itu dari pembangkang jika parti komponen bekerjasama. 

Beliau meminta agar kesemua penyokong bersabar dan seharusnya perlu mengutamakan semangat BN kerana ianya lebih penting. Tiong Lai juga menjelaskan bahawa BN mempunyai konsensus yang meminta untuk kesemua parti dalam BN bersatu memenangkan calon BN. 

Pada PRU13, Wangsa Maju yang diwakili oleh Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah telah tewas kepada calon PKR, Datuk Tan Kee Kwong dengan 5,511 undi. 

Berkenaan komposisi 22 calon MCA di Selangor pada PRU14 kali ini, Tiong Lai amat berpuas hati secara keseluruhannya termasuklah calon MCA yang paling muda iaitu Lee Yee Yuan berumur 28 tahun. Seorang arkitek yang bertauliah. 

Lee akan bertanding di kerusi DUN Sekinchan buat kali pertama dan berdasarkan kepada senario terkini, BN mempunyai peluang terbaik untuk merampas kembali kerusi itu dari calon DAP, Ng Suee Lim yang telah disandangnya selama 3 penggal.
SABAR! Utamakan Semangat Barisan Nasional - Liow Tiong Lai #MCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 23 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...