Sunday, 15 April 2018

Rakyat Tolak Pakatan Pada PRU14 #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14

Media tempatan melaporkan Penasihat DAP iaitu Lim Kit Siang telah mengakui bahawa gabungan pembangkang sukar untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Ianya berdasarkan beberapa analisa termasuk oleh pemerhati tempatan yang meramalkan pembangkang hanya mempunyai 10 peratus peluang memenangi PRU-14.

Penasihat DAP itu juga telah menyatakan bahawa, disebalik keghairahan mereka untuk menguasai tampuk pemerintahan Negara, pakatan pembangkang bakal menghadapi tugas getir, malah sukar untuk memenangi PRU-14. Namun bukanlah sesuatu yang mustahil perkara yang sebaliknya berlaku ujarnya lagi.

Manakala peratusan undi popular Datuk Seri Najib Razak jelas memperlihatkan peratusan yang amat baik yang mana Datuk Seri Najib hanya memerlukan sebanyak 16.5 peratus undi popular sahaja untuk mengekalkan jawatannya.

Dalam congakan atau sifir politik Kit Siang bagi menghadapi PRU-14, beliau menyatakan bahwa pakatan pembangkang mampu menang jika berlaku enam tsunami iaitu yang membabitkan pengundi kawasan Bandar, luar Bandar, Sabah, Sarawak, wanita dan generasi muda.

Berdasarkan rekod PRU-13, gabungan pembangkang yang disertai oleh DAP, PKR dan PAS hanya mampu menawan 89 kerusi parlimen berbanding BN yang memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. 

Manakala undi popular memihak kepada pembangkang dengan memperolehi 50.87 peratus berbanding BN yang hanya memperolehi 47.38 peratus.

Dalam sidang sidang media yang sama, Kit Siang telah mengesahkan bahawa pakar pelembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari bakal menjadi calon DAP untuk satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak dan beliau telah menegaskan bahawa pengumuman yang dibuat oleh bekas penyandang DUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dalam satu majlis ceramah di Stesyen 18, Ipoh berkenaan pencalonan Dr Abdul Aziz telah melanggar disiplin parti. Difahamkan setiap pengumuman calon sepatutnya dilakukan oleh pemimpin tertinggi parti.

Sebagaimana biasa watak Penasihat DAP yang acapkali cuba memperlihatkan ‘sisi baik’ beliau khususnya dalam menawan hati pengundi melayu, beliau menegaskan dan menafikan dakwaan UMNO dengan menyatakan bahawa sekiranya pembangkang menang dalam PRU-14 di negeri Perak, maka DAP tidak akan menuntut untuk menjadi Menteri Besar Perak dan beliau menambah bahawa calon Menteri Besar adalah sesiapa sahaja dikalangan calon Pakatan Harapan tetapi bukan dari DAP.
Rakyat Tolak Pakatan Pada PRU14 #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14 Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 15 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...