Wednesday, 11 April 2018

'Prebet Sapu' Kantoi Dengan SPAD #SPAD

Seorang lelaki dalam usia 40-an telah ditahan kerana telah menyalahgunakan sistem e-hailing. Kesalahan lelaki terbabit ialah kerana telah membawa dua penumpang warga New Zealand bagi perjalanan ke Melia Hotel dengan kadar bayaran RM80. Pihak penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengesan taktik baru ini yang lebih kepada mirip ‘prebet sapu’ namun menggunakan aplikasi e-hailing sebagai jalan mudah untuk mendapatkan penumpang. 

Kesalahan pemandu kenderaan persendirian yang menyalahgunakan system e-hailing ini berjaya dikesan di kaunter teksi di Hadapan Balai Ketibaan ERL, KL Sentral yang mana modus operandinya adalah dengan memujuk orang awam di kawasan tumpuan dan apabila pelanggan bersetuju maka mereka akan memasukkan butiran penumpang yang kononnya ianya dalah permintaan daripada penumpang itu sendiri. 

SPAD memaklumkan bahawa pemandu kenderaan berdaftar dengan sistem aplikasi e-hailing yang telah mendapat kelulusan SPAD sepatutnya menerima permintaan penumpang terlebih dahulu dan bukannya memujuk penumpang. 

Setelah SPAD melakukan siasatan mereka mendapati pemandu berkenaan menggunakan aplikasi e-hailing yang sah, namun hanya ‘key in’ atau memasukkan maklumat menerima penumpang selepas berjaya mendapatkan penumpang sedangkan prosuder yang sebetulnya adalah penumpang yang perlu membuat permintaan melalui aplikasi berkenaan sebelum ianya diterima oleh pemandu seperti proses aplikasi lain. 

Akibat dari kesalahan tersebut kenderaan pemandu terbabit telah disita kerana disyaki melakukan kesalahan dengan mengendalikan suatu kenderaan perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali. Manakala pemandu berkenaan telah diberikan Notis 80, Notis 81, Notis 224, Notis 222 dan Notis 207 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 untuk tindakan lanjut. 

Dalam hal ini sepatutnya pengendai e-hailing menambah baik sistem mereka agar ianya tidak sewenang – wenangnya disalahgunakan oleh pemandu dan modus operandi tersebut adalah pertama kali dikesan oleh SPAD.


'Prebet Sapu' Kantoi Dengan SPAD #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 11 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...