Friday, 20 April 2018

Penjelasan #1MDB Arul Kanda Resahkan Blok Pembangkang! #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14

Pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP telah kehabisan modal dalam usaha mereka untuk menyerang Perdana Menteri Malysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (PM) dalam isu 1MDB. Segala macam gimik dan pembohongan yang dicipta oleh mereka telah menemui jalan buntu manakala fitnah yang menyatakan PM akan ditangkap apabila ke luar Negara telah terbukti ianya fitnah. 

Mereka akhirya hanya sekadar ‘berkokok’ dengan laporan media luar Negara berkenaan 1MDB dengan menjadikan rampasan Kapal Equinamity sebagai bahan ‘troll’ dan membuat dakwaan – dakwaan liar lain yang mana akhirnya terbukti tindakan pihak Polis Indonesia menyita kapal layar mewah berkenaan adalah satu kesilapan dan tidak sah malah tiada bukti yang boleh disabitkan dengan 1MDB. Penahanan tersebut sebenarnya terletak di bawah kuasa Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia dan justeru itu sebuah mahkamah di Indonesia telah memerintahkan agar kapal layar mewah tersebut dikembalikan kepada pemiliknya. 

Manakala Tony Pua yang juga wakil DAP dalam Jawatankuasa Kira – kira Wang Awam (PAC) tidak bersedia malah gentar untuk berdebat dengan Arul Kanda, CEO 1MDB. Tony telah menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan penjelasan peguam Negara berkenaan 1MDB. 

Begitu juga dengan Dr Tan Seng Giaw, bekas Ahli Parlimen DAP Segambut yang kali ini tidak dicalonkan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Beliau telah menyatakan dengan jujur dan tegas bahawa tiada salah laku dan kesalahan PM yang boleh dikaitkan dengan 1MDB dan akibat kenyataan tidak mahu mengikut skrip DAP maka beliau kini telah dipinggirkan dan dihina oleh para pemimpin DAP sendiri. 

Setelah tewas dengan penerangan Arul maka DAP telah menambah gambaran buruk kerajaan Barisan Nasional pimpinan PM dengan membuat pelbagai tohmahan dan fitnah yang tidak berasas. 

Bagi memberi penjelasan dan menceritakan perihal yang sebenarnya berkenaan isu 1MDB, Arul Kanda telah menjelajah ke seluruh pelusuk Negara, malah sesi penjelasan beliau itu turut dihadiri oleh pemimpin pembangkang. Sesi penjelasan ini adalah untuk memberikan persepektif syarikat, apa yang terjadi sebenarnya dan memberi fakta – fakta yang betul. Dengan itu, rakyat boleh membuat keputusan berdasarkan kepada fakta – fakta sahih tersebut. 

Menurut Arul, apa yang berlaku sekarang ini iaitu siasatan – siasatan di luar Negara ialah siasatan yang tidak langsung melibatkan 1MDB. Namun ‘kelakuan dan sikap’ pembangkang yang amat sinonim dengan fitnah akan memutarkan perkara ini melalui media – media masa dan menularkan cerita – cerita ‘sensasi’ yang tidak berasas ini dengan mengaitkan 1MDB dan seterusnya mengaitkan isu ini dengan kementerian Kewangan serta kerajaan hanya untuk memperlihatakan ‘cerita’ ini tidak baik. 

Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa pihak pembangkang benar – benar bimbang, dengan sesi penjelasan Arul ke seluruh Negara untuk berkongsi maklumat yang betul dan membentangkan fakta secara terbuka. Apatah lagi sesi soal jawab turut disediakan serta membolehkan sesiapa sahaja hadir dan bertanyakan soalan. 


Arul juga menjelaskan bahawa dengan kaedah ini, mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat telah mula difahami dan ini secara tidak langsung akan membuatkan pihak pembangkang tidak stabil di mana mereka perlu melepasi Tony Pua dan juga perlu mendapatkan Lim Kit Siang untuk tampil kehadapan untuk menyerang beliau yang bertujuan untuk melemahkan kredibiliti dirinya. 

Malah serangan – serangan dan fitnah – fitnah untuk memburukakan persepsi terhadap Najib Razak dan kerajaan telah diteruskan tanpa rasa bersalah meskipun projek – projek 1MDB telah memperlihatkan kejayaannya dimana disebalik tohmahan tersebut rakyat sebenarnya patut tahu syarikat 1MDB ini telah berjaya menarik pelabur – pelabur besar seperti HSBC Bank Malaysia Berhad, Prudential dan Affin Bank Berhad ke Tun Razak Exchange (TRX) dan juga telah berjaya menandatangani usaha sama dengan Lend Lease. 

Projek pembangunan tanah TRX ini membabitkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM40 billion dan apabila ianya dibangunkan spenuhnya kelak, projek TRX ini akan membuka lebih 30,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, ujarnya lagi.
Penjelasan #1MDB Arul Kanda Resahkan Blok Pembangkang! #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14 Daeng Selili Rating: 5 Friday, 20 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...