Thursday, 26 April 2018

Ong Ka Chuan Terus Bantu Calon Barisan Nasional #MCA #PRU14 #GE14

Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga Menteri Perdaganagn Antarabangsa dan Industri II, reda kerana namanya tidak tercalon semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai calon Barisan Nasional (BN) di parlimen Tanjung Malim. Kerusi parlimen ini akan diwakili oleh Datuk Dr Mah Hang Soon yang juga Pengerusi MCA Perak dan juga EXCO kerajaan negeri. 

Sebagai seorang yang akur kepada keputusan kepada pucuk pimpinan BN, pemakluman oleh pucuk pimpinan BN yang beliau tidak dicalonkan diterimanya dengan hati terbuka malah langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus membantu calon MCA dan parti komponen BN lain dalam kempen PRU14 kali ini. Ini bersesuaian dengan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung MCA. 

Malah beliau akan menjelajah keseluruh Negara bagi membantu calon MCA dan parti komponen BN dan beliau dengan penuh tanggungjawab telah meminta semua penyokongnya agar terus menyokong MCA dan semua parti komponen untuk mempastikan kemenangan BN pada PRU14. 

Untuk rekod, Ka Chuan adalah pemimpin MCA yang cemerlang dalam menggalas tanggungjawabnya, beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chendering selama empat penggal bermula tahu 1986 hingga 1999 dan pernah dilantik menjadi EXCO kerajaan negeri Perak. 

Manakala pada PRU 2004 beliau tewas kepada calon DAP di parlimen Batu Gajah sebelum berpindah dan menang di parlimen Tanjung Malim pada tahun 2008 dan terus mengekalkan kerusi di parlimen tersebut sehingga tahun 2013.
Ong Ka Chuan Terus Bantu Calon Barisan Nasional #MCA #PRU14 #GE14 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 26 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...