Monday, 23 April 2018

MRT Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya Siap 24 Peratus! #SPAD #BetterNation

Datuk Najmuddin Abdullah yang juga Pengarah komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah memaklumkan bahawa kerja pembinaan bawah tanah bagi Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (SSP) ketika ini berjalan lancar dengan tahap pencapaian kemajuan pembinaan sehingga 24 peratus dan berjalan mengikut jadual. 

Najmuddin juga memaklumkan bahawa kerja kerja pembinaan terowong kini berjalan lancar menerusi Mesin Pengorek Terowong (TBM) dan setakat ini hanya satu stesen sahaja sudah menjalankan pembinaan terowong bawah tanah manakala 11 lagi akan dibuat secara berperingkat. 

Sewaktu sidang akhbar selepas demonstrasi keupayaan pemadaman kebakaran dan menyelamat MRT bagi kerja – kerja bawah tanah, beliau juga memaklumkan bahawa kesemua bahagian dalam projek pembinaan tersebut telah menjalankan kerja kerja mereka dengan pesat malah lebih cepat dari yang dijangkakan. 

Manakala Pengarah Projek MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, Satpal S. Bhogal yang turut hadir dalam demonstrasi tersebut telah mengulas mengenai pasukan Pemadam kebakaran dan Penyelamat MGKT dengan menyatakan bahawa MGKT ini telah melipatgandakan usaha serta memperkasakan keupyaan memadam kebakaran dan menyelamat dengan penambahan aset aset penyelamat yang baru seperti kereta pemadam kebakaran, ambulans paramediks dan kenderaan angkat berat serta perlindungan impak pelbagai guna. 

Bhogal turut menjelaskan bahawa perkhidmatan kecemaran perlu dipertingkatkan ekoran semakan semula terperinci mengenai risiko, keperluan liputan jajaran yang lebih besar, tempoh masa pengeluaran mangsa dan kesukarannya serta kepakaran amat diperlukan bagi menangani sebarang insiden bawah tanah yang rumit.


MRT Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya Siap 24 Peratus! #SPAD #BetterNation Daeng Selili Rating: 5 Monday, 23 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...