Friday, 20 April 2018

MCA Akan Rampas Parlimen Pandan - Leong Kok Wee #MCA

Calon Parlimen Pandan bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Datuk Leong Kok Wee telah mengingatkan kepada Pakatan Harapan (PH) agar tidak terlalu yakin dapat mengekalkan kerusi tersebut.


Kok Wee yang juga Ketua MCA Bahagian Pandan menyatakan bahawa, parlimen Pandan bukanlah kerusi yang boleh dianggap mudah kerana ianya adalah salah satu kerusi terkuat MCA di Negara ini. Bagi PRU14 kali ini suasananya berbeza berbanding degan kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum ini yang terlalu yakin PH akan menang meskipun calonnya adalah seekor Kuching, ujarnya lagi.

Oleh itu Kok Wee sekali lagi mengingatkan kepada PH agar jangan terlalu yakin untuk mereka mengekalkan kerusi tersebut kerana pada PRU14 ini MCA telah membuat segala persiapan yang perlu bagi menghadapi calon PH yang akan di wakili oleh calon ‘heavyweight’ mereka iaitu Presiden PKR sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Spekulasi sebelum ini sememangnya benar dan tepat yang menyatakan bahawa Wan Aziziah akan bertanding di Parlimen Pandan untuk menggantikan Rafizi Ramli yang berdepan hukuman penjara 30 tahun kerana disabitkan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), manakala anaknya pula yang juga Naib Presiden parti, Nurul Izzah Anwar akan bertanding di Permatang Pauh dan Parlimen Lembah Pantai akan diwakili oleh Fahmi Fadzil yang juga merupakan Pengarah Komunikasi PKR.

Pada PRU lepas, Rafizi memenangi kerusi parlimen Pandan dengan majoriti 26,729 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN).
MCA Akan Rampas Parlimen Pandan - Leong Kok Wee #MCA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 20 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...