Thursday, 19 April 2018

Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Di Bentong - Liow #MCA

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa adalah keutamaan kerajaan untuk menyediakan rumah yang berkemampuan untuk rakyat. Sehubungan dengan itu lebih banyak projek perumahan mampu milik akan dibina oleh kerajaan samada menerusi kerajaan persekutuan mahupun melalui kerajaan negeri. 

Tiong Lai yang juga menteri pengangkutan menyatakan bahawa projek perumahan mendapat permintaan tinggi daripada rakyat. Justeru itu kerajaan akan memberi perhatian yang paling utama bagi memenuhi keperluan rakyat. 

Selaku penyandang Parlimen Bentong, beliau berkata demikian dengan merujuk kepada projek pembinaan 28 unit rumah dua tingkat beharga RM135,000 dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang dijangka akan siap pada tahun hadapan. 

Tiong Lai menyatakan bahawa tapak perumahan ini dahulu merupakan bekas kilang papan yang berkeluasan 0.7284 hektar. Namun dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional tapak ini telah berjaya di bina perumahan mampu milik demi memenuhi permintaan rakyat. 

Projek PR1MA Sugai Dua yang dilaksanakan oleh Penamin Sdn Bhd merupakan projek keempat seumpamanya di Bentong iaitu selepas perumahan di Pelangai, Karak Setia dan Chamang. Manakala kerajaan persekutuan pula akan membina projek perumahan kos sederhana berjumlah 500 unit yang pembinaannya akan bermula pada tahun ini.

Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Di Bentong - Liow #MCA Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 19 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...