Thursday, 12 April 2018

Keluarga Penipu Berkuasa Dalam DAP?! #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14

Tan Seng Giaw yang telah berkhidmat sebagai wakil rakyat DAP akhirnya diperlakukan bagai ‘anjing kurap’ apabila namanya langsung tidak tersenarai sebagai seorang calon untuk PRU14. Dosanya hanyalah memberitahu perkara yang betul dan benar berkenaan Datuk Seri Najib Razak dimana tiada sebarang salah dalam skandal 1MDB. Seng Giaw menegaskan keputusan ini adalah keputusan siasatan mikro oleh PAC dan bukannya dari siasatan jalanan.

Menceritakan perkara yang benar adalah satu kesalahan ‘jenayah’ bagi Pakatan Harapan’ (PH) yang diterajui oleh DAP. Bagi PH para pemimpinnya mesti menjadikan ‘fake news’ sebagai ‘zikir’ harian mereka dan apabila melanggar pantang maka pemimpin berkenaan akan dibuang dan dipecat dari sebarang jawatan. 

Selain daripada Seng Giaw, ADUN Tanjung Bunga iaitu Teh Yee Cheu juga terpalit dengan ‘dosa’ sehinggakan beliau dihukum oleh Guan Eng. Puncanya adalah kerana beliau bagi pihak rakyat menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai isu alam sekitar dan banjir.

Dalam isu ini, Teh Yee Cheu selaku seorang YB yang bertangungjawab telah bertanyakan kepada Guan Eng dengan menyebut rintihan rakyat termasuk rintihan 11 keluarga mangsa yang terkorban akibat dari kejadian tanah runtuh pada Oktober 2017. Rintitan dari isu ini Yee Cheu telah diperalakukan bagai ‘anjing kurap’ oleh DAP. Justeru itu untuk mencari kebenaran maka Teh Yew Cheu telah menyertai parti PSM bagi menentang kezaliman DAP. 

Begitu juga dengam ADUN PKR Penanti, Norlela Ariffin yang juga turut menjadi mangsa kuku besi DAP. Beliau telah disisihkan oleh kerajaan DAP kerana isu kilang haram di kawasannya. Norlela hanya mahu mencari kebenaran dalam isu ini dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa sehingga EXCO Kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditangkap dan disiasat.

Akibat dari isu ini Norlela telah dipulaukan oleh kerajaan DAP malah dalam sidang DUN beliau menangis kerana memohon sejumlah peruntukkan untuk digunakan bagi kawasannya di Penanti namun DAP buat bodoh sahaja.

Kit Siang telah cuba membina ‘dinasti keluarga’ dalam parti DAP dan akibat dari sikap Kit Siang dan anaknya Guan Eng, maka bekas ADUN Jawi, Tan Beng Huat yang telah berkhidmat sebagai ADUN selama satu penggal mulai 2008 telah meninggalkan parti yang telah disertai lebih 10 tahun lalu. Kedua beranak ini telah menimbulkan pelbagai masalah dalam parti dan mereka yang tiada berprinsip sahaja masih sanggup berada dalam parti DAP ini.

Selain Pulau Pinang, legasi Lim dalam DAP turut ditentang di Melaka. Ini disebabkan mereka sudah muak dengan DAP kerana semakin hilang arah sebenar. Susulan dari itu empat orang pemimpin kanan DAP Melaka telah mengumumkan keluar parti. Mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, ADUN Duyong, Goh Leong San, ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang Chin Choong Seong. Disebabkan hanya mencari kebenaran dan menegur, Kit Siang dan Guan Eng telah melayan pemimpin DAP Melaka dengan cukup teruk.

Maka kepada ‘tukang ampu dan bodek’ mereka akan diberi layanan istimewa dalam DAP, yang buta pada skandal rasuah anak Kit Siang sahaja yang boleh jadi calon dan hidup dalam DAP ketika ini. DAP bukan lagi parti demokratik tetapi sudah jadi autokratik parti dan yang lebih tepat adalah ‘Auta Parti’ atau parti yang hanya menipu demi kelangsungan ‘Dinasti Lim’. 

Mereka yang jujur dan tiada kemahiran dalam ‘skill’ mengampu, membodek serta tidak sanggup mencium tapak kaki kedua beranak ‘Lim’ ini nescaya orang itu tidak akan bertahan lama dalam DAP. Sesungguhnya tiada ‘Harapan’ dengan menyokong DAP kerana mereka membawa harapan palsu. Sebelum menguasai Negara mereka telahpun memperlihatkan kaedah pemerintahan secara ‘kuku besi’ di Pulau Pinang. Maka jangahlah bagi kuasa kepada pati DAP ini dan selaku rakyat yang bertangungjawab maka undilah Barisan Nasional (BN) dan bukannya PKR yang mewakili barisan pembangkang yang juga disertai oleh DAP.
Keluarga Penipu Berkuasa Dalam DAP?! #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 12 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...