Sunday, 15 April 2018

"Guna Logo" Satu Helah DAP Untuk Pikat Undi Melayu?! #MCA

Dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Media Negeri Sembilan, Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon telah menyatakan bahawa DAP sanggup menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semata mata untuk mengaburi pengundi melayu yang mana helah ini adalah semata mata untuk mendapatkan undi kaum melayu. 

Kenyataan ini telah dipetik dari akhbar berbahasa cina yang mana mereka mengakui terpaksa mengorbankan logo ‘Roket’ DAP kerana kaum melayu tidak boleh menerima logo DAP ini dan helah ini mereka dakwa akan dapat mengaburi para pengundi di kawasan kampong khususnya, kerana dengan memilih calon dengan logo PKR pada PRU-14 mereka menyangka telah mengundi calon melayu yang secara tidak sedar mereka telah menerima logo roket (DAP). 

Sin Woon juga menambah bahawa ini adalah cara penipuan licik DAP kerana disebabkan terlalu taksub untuk berkuasa DAP rela berselindung disebalik logo parti Melayu dan hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa tidak akan berlaku tsunami melayu pada PRU-14 sebagaimana yang di momokkan oleh parti pembangkang.

Setelah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 kerana gagal menegemukakan maklumat dan dokumen yang diminta oleh jabatan ini. Maka pembangkang telah mengumumkan akan menggunakan logo PKR sebagai logo bersama bagi menghadapi PRU-14.


"Guna Logo" Satu Helah DAP Untuk Pikat Undi Melayu?! #MCA Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 15 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...