Monday, 23 April 2018

GST Jadi Bahan Kempen DAP #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14

DAP ketandusan modal untuk berkempen kerana hanya mengitar semula isu yang sudah tidak relevan seperti GST. 

Mereka acapkali mengulangi isu ini tanpa rasa jemu dan bersalah. Rakyat dimomokkan dengan menyatakan GST ini membebankan rakyat dan ianya perlu dihapuskan. Modal ini digunakan untuk meraih sokongan rakyat Sarawak khususnya masyarakat cina pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 

Para pemimpin DAP bagaikan kehabisan modal, perkataan ‘Hapuskan GST’ sudah menjadi ‘zikir’ kerana ianya disebut berulang ulang dan menjadi intipati sepanjang ceramah yang diadakan. 

Pada sesi ceramah di bilik DAP di Batu Kawa, Kuching Sarawak perkataan inilah yang acap kali dilaungkan dan tohmahan ini seolah tiada titik nohtahnya. Malah mereka menempelak Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Datuk Seri Najib sebagai punca beban dan kos sara hidup meningkat khususnya apabila GST diperkenalkan di Negara ini. 

Tema ‘Bina Harapan Malaysia’ telah digunakan oleh DAP dalam sesi ceramah politik mereka ini yang diketuai oleh Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, Pengerusi PAN Sarawqk, Fidzuan Zaidi dan Pengerusi DAP, Chong Cheing Jen. Lebih kurang 1,000 masyarkat di sekitar Bandar Raya Kuching terutamanya masyarakat cina hadir di dalam ceramah yang diadakan ini.


GST Jadi Bahan Kempen DAP #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14 Daeng Selili Rating: 5 Monday, 23 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...