Tuesday, 3 April 2018

Fasa Baharu Pemandu Teksi #SPAD

Untuk mengimbas kembali perubahan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). SPAD telah memperkenalkan program yang diberi nama Program Transformasi Industri Teksi dan SPAD pada Ogos tahun lalu kepada pemandu teksi yang SPAD percaya ianya akan memberikan manafaat kepada mereka semua yang mana salah satu perlaksanaan ialah dengan mengklasifikasikan semula lesen teksi yang akan menetapkan asas tambang yang lebih rasional dan secara tidak langsung akan menyelasikan isu yang dihadapi oleh industri ini. 


Pembaharuan yang mempunyai struktur semasa dengan lima kategori teksi yang berbeza akan diselaraskan kepada tiga sahaja. SPAD akan cuba menukar semua kategori yang berkaitan teksi sahaja dan menyewakan kereta serta limosin sebaik sahaja ianya mencecah had sepuluh tahun. 

SPAD memaklumkan bahawa mereka boleh memilih untuk menjadi teksi bermeter, kereta sewa atau sekiranya mereka kategori premier atau eksekutif maka ia akan menjadi limosin. Ketika ini kategori lesen semasa melibatkan teksi lapangan terbang, teksi bajet, teksi eksekutif, teksi premier dan teksi 1Malaysia. 

Surat Pekeliling yang telah dikeluarkan oleh SPAD pada 31 Mac (tahun lalu) telah menyatakan SPAD akan membatalkan lesen teksi semasa dan ianya akan digantikan dengan kategori yang lebih mudah dan juga menyatakan bahawa pengendali lesen yang telah mencapai had umur maksimum akan diberi tempoh enam bulan untuk memindahkan kepada tiga kategori baharu ini. 

Ketika ini terlalu banyak kategori yang menimbulkan kekeliruan dan dengan pekeliling baharu SPAD ini lesen semasa tidak akan diperbahurui kerana kereta yang berusia lebih 10 tahun perlu ditukar dan pembaharuan ini akan menjadikan ianya lebih lancar, ujar jurucakap SPAD. 

SPAD juga memaklumkan bahawa, teksi yang berusia tiga tahun boleh meneruskan dalam kategori yang sedia ada kerana SPAD amat menyedari dengan campurtangan ianya akan menyebabkan kos meningkat seperti untuk mengecat semula. Justeru itu mereka dibenarkan untuk terus berada di bawah skim yang ada. 

SPAD memaklumkan bahawa program Tranformasi ini sebenarnya adalah bertujuan untuk mewujudkan situasi yang lebih adil malah akan memberi manafaat kepada penumpang dan pemandu itu sendiri. 
Fasa Baharu Pemandu Teksi #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 3 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...