Monday, 16 April 2018

Demokrasi Ala Penjajah (DAP) #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin Johor telah merasmikan Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor dan Skim Pinjaman Tabung Wakaf Rakyat Johor. Dalam sidang akhbar dalam majlis tersebut, beliau telah mengulas berkenaan demokrasi yang di canangkan oleh DAP yang kononnya mereka tidak berminat menjadi pemimpin teratas atau pemimpin nombor satu.

Namun pada hakikatnya inilah gaya D.A.P atau ‘Demokrasi Ala Penjajah’ yang dilakukan oleh DAP hanya semata – mata untuk meraih sokongan dan undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Khaed Nordin telah menasihati rakyat Johor agat berhati – hati dengan tektik yang di amalkan oleh DAP ini. 

Kaedah yang kononnya tidak menonjolkan diri ini adalah sinonim dengan cara British dahulu. Mereka datang dan mendakwa hanya untuk menjadi penasihat dan tidak berminat menjadi pemimpin, namun hakikatnya British pada masa tersebut sangat berkuasa dan merekalah yang menentukan segala urusan termasuk urusan orang melayu dan agama islam.

DAP ketika ini sememangnya telah mengadaptasi kaedah British dimana mereka maklumkan bahawa mereka tidak berminat untuk merampas kuasa politik orang melayu namun hakikatnya hampir setiap hari keutamaan agenda mereka adalah untuk mempastikan kerusi yang dipegang oleh orang Melayu dirampas dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan hasrat dan cita cita kotor mereka tercapai. DAP tidak kisah samada identiti, logo dan nama mereka ditukar dan digadaikan kerana apa yang paling penting mereka menang dan berkuasa, ujar Mohamed Khaled Nordin lagi. 

Beliau juga menjelaskan ketika ini DAP telah mendakwa kerusi yang mereka pertandingkan tidak banyak berbanding rakan mereka dalam pakatan pembangkang namun apa yang perlu rakyat ketahui DAP adalah majoriti dalam minoriti dan mengingatkan agar rakyat harus membuat penilaian agar tidak terperangkap dan menjadi mangsa pengamal Demokrasi Ala Penjajah atau D.A.P ini. Justeru itu beliau juga amat berharap agar rakyat tidak akan membiarkan mana – mana kawasan di dalam negeri Johor khususnya ini menjadi tempat ahli politik buangan mencuba nasib.

Mohamed Khaled juga turut mengulas berkaitan kemampuan Barisan Nasional (BN) negeri Johor yang mana beliau amat yakin BN di negeri Johor mampu mengekalkan majoriti 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selain berjaya merampas semula beberapa kerusi daripada pembangkang. Bermaksud 20 kerusi yang BN ada akan di tambah samada dengan satu atau dua kerusi lagi.
Demokrasi Ala Penjajah (DAP) #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14 Daeng Selili Rating: 5 Monday, 16 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...