Wednesday, 11 April 2018

DAP Pulau Pinang Cuba Guna Azan Untuk Tarik Undi?!

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal di adakan pada 9 Mei 2018 telah memungkinkan parti DAP menggunakan pelbagai kaedah kempen untuk menarik sokongan khususnya para pengundi islam. Maka isu laungan azan telah dijadikan sebagai modal ceramah oleh parti DAP ini. 

Steven Sim yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah menyatakan dengan angkuh bahawa hanya di negeri Pulau Pinang sahaja laungan azan subuh sebanyak dua kali dibenarkan. Namun beliau terpaksa menukar kenyataanya setelah ditegur oleh Mufti perlis, Mohd Asri Zainul Abidin @Dr MAZA

Beliau memaklumkan bahawa, Mufti Perlis tersebut telah menghantar pesanan melalui aplikasi Whatapp yang memaklumkan bahawa Perlis juga membenarkan laungan azan subuh sebanyak dua kali. 

Justeru itu beliau ‘memperbetulkan’ kenyataannya dalam ceramah gabungan parti pembangkang PKR di Permatang Pasir dengan menyatakan bahawa hanya Pulau pinang dan Perlis sahaja membenarkan azan dilaungkan sebanyak dua kali. Program ceramah ini hanya dihadiri seramai 200 orang sahaja. 

Namun demikian, kenyataan Steven ini telah menimbulkan persoalan kerana secara tradisinya laungan azan subuh turut berkumandang sebanyak dua kali di negeri negeri lain termasuk Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perak. Justeru itu sememangnya isu azan ini telah dijadikan modal berkempen oleh DAP untuk menarik sokongan pengundi melayu.

DAP sebelum ini dikritik keras kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penyokongnya yang mempolitikkan isu azan di Pulau Pinang seolah olah laungan azan tersebut merencatkan pertumbuhan ekonomi dan memberi gangguan yang kritikal kepada penduduknya sedangkan isu pengondolan besar besaran bukit di Pulau Pinang jelas memberikan kesan sampingan alam semulajadi yang cukup mendukacitakan kepada rakyat Pulau Pinang terutama pada kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur.

Dahulu mereka yang LARANG azan guna pembesar suara di Pulau Pinang.

Keratan akhbar 2011

DAP Pulau Pinang Cuba Guna Azan Untuk Tarik Undi?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 11 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...