Thursday, 19 April 2018

DAP Jadi Perdana Menteri?! #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah menempelak dengan sinis angan – angan DAP yang berhasrat untuk melantik calon DAP sebagai Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri. Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani memaklumkan demikian sewaktu di temui selepas merasmikan Ekspo dan Forum Livestock Asia 2018 di Pusat konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Beliau menyatakan DAP berkemungkinan akan mengumumkan parti itu untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya merampas pentadbiran kerajaan pusat daripada Barisan Nasional (BN). Ini berikutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengumumkan Nga Kor Ming sebagai calon kerusi parlimen Teluk Intan yang juga bakal akan dilantik menjadi menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya umum ke – 14 (PRU-14).

Dalam hal ini tidak salah untuk mereka menjadi ‘mat Jenin’ yang kerjanya berangan sahaja kerana ianya percuma dan yang utamanya mereka harus menang dulu PRU14, ujar Shabery lagi. Ironinya di pihak pembangkang seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan termasuklah DAP yang mana masing – masing sudah berangan untuk melantik orang mereka untuk menjadi menteri malah Perdana Menteri.

Shabery mengulas pengumuman yang dibuat oleh Lim Guan Eng berkenaan perlantikan Nga Kor Ming bagi kerusi parlimen Teluk Intan yang juga bakal dilantik menjadi menteri serta pengumuman terdahulu berkenaan perlantikan Pengerusi DAP Jobor, Liew Chin Tong selaku calon kerusi parlimen Ayer Hitam yang juga bakal akan dilantik sebagai menteri jika pakatan pembangkang memenangi PRU14.

Manakala bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang telah menyertai DAP pada Februari 2017 telah mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Twitter peribadinya dengan mendakwa ‘parti cina’ dalam pembangkang sudah pun mengumumkan dua bakal menteri, sementara parti melayu pula masih membisu dalam perkara ‘angan – angan’ ini. Beliau juga menzahirkan rasa simpati kepada bekas Ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang telah tidak tercalon untuk sekian kalinya oleh DAP sebagai calon PRU-14 meskipun telah berkhidmat di kawasan ini selepas hampir 36 tahun.

Sementara itu di Alor Setar, Ahi Majlis teringgi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengadakan lawatan ke Kolej Sultan Abdul Halim turut mengulas pengumuman yang dibuat oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dengan menufatkan tindakan tersebut amat janggal kerana membelakangkan sekutunya kerana pemimpin yang layak berbuat demikian hanyalah calon Perdana Menteri yang telah dinamakan oleh mereka sebelum ini.

Perkara ini jelas menunjukkan parti DAP adalah dominan dalam gabungan pembangkang PKR kerana mengumumkan sendiri calon Kabinet bayangan gabungan mereka menjelang PRU14. Ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad hanya diperkudakan oleh DAP dengan menamakan beliau sebagai Perdana Menteri kerana yang berkuasa dalam pakatan pembangkang adalah DAP dan tidak hairanlah mereka dengan secara terbuka menamakan juga Nga Kor Ming sebagai salah seorang menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU14. Dalam perkara asas ini sepatutnya Perdana Menteri lantikan mereka iaitu Dr Mahathir yang membuat pengumuman. Ujar Mahadzir lagi.

Mahadzir juga turut menyatakan bahawa DAP adalah sebuah parti yang dominan dan penuh muslihat. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan sesiapa juga untuk berkuasa di Negara ini.

Maka tidak hairanlah mereka tidak kisah dan tidak peduli dari parti gabungan pembangkang yang mana samada Dr Mahathir Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada PKR ataupun Mat Sabu dari PAN kerana matlamat DAP pasti akan tercapai dengan ‘memperkudakan’ mereka ini bagi menipu rakyat asalkan cita – ciata mereka untuk memerintah Negara tercapai, ujar Mahdzir Khalid lagi.

Rujuk : 

1. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/414046/dap-berangan-jadi-tpm

2. http://www.utusan.com.my/berita/politik/umum-calon-menteri-dap-serlah-sikap-dominan-1.651896
DAP Jadi Perdana Menteri?! #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 19 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...