Tuesday, 17 April 2018

DAP Amalkan Misi ‘Kelentong dan lari’ #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14

Mohamad Razali Abdul Rahman yang juga merupakan bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu islam DAP telah mengulas bahawa tindakan DAP meletakkan Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai calon gabungan pembangkang PKR di Parlimen Teluk Intan jelas membuktikan parti itu mengamalkan dasar ‘kelentong dan lari’. Berdasarkan sejarah mereka yang konsisten jelas menunjukkan mereka mengamalkan dasar ini iaitu akan melompat ke sesuatu kawasan yang baru selepas memenanginya dengan cara ‘mengelentong’.

Dalam perkara ini bukan sahaja Kor Ming meninggalkan Taiping setelah hanya dua penggal menang di kerusi itu, bahkan DAP sendiri mencalonkan 10 individu berbeza di Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum Ketujuh (PRU-7) pada 1986 dan sehingga yang akan datang termasuk dua pilihan raya kecil

Beliau menambah, tradisi nomad yang berpindah randah ini terpaksa dilakukan kerana bimbang akan kecundang sekiranya bertanding di kawasan yang sama akibat tidak memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat dan ianya telah dipelopori oleh Penasihat DAP sendiri iaitu Lim Kit Siang.

Selain daripada itu lazimnya apa yang dilakukan oleh wakil rakyat DAP ialah, mereka akan mencari isu untuk menghasut rakyat agar sentimen kebencian terhadap kerajaan sedia ada dapat dipupuk.

Semasa ceramah gabungan pembangkang PKR sempena pelancaran jentera pilihan rayai parlimen Teluk Intan, Setiausaha Agung DAP, Lim Gaun Eng telah mengumumkan bahawa Kor Ming yang juga Pengerusi DAP negeri Perak akan bertanding di Parlimen Teluk Intan pada PRU-14. Pada PRU-13 beliau telah memenangi kerusi di Parlimen Taiping dan akan meninggalkan kerusi ini untuk di berikan kepada calon lain pula bagi meneruskan kesinambunagn misi ‘Kelentong dan lari’.


DAP Amalkan Misi ‘Kelentong dan lari’ #KekalNajib #TolakPakatan #PakatanProDAP #DAP #PRU14 #GE14 Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 17 April 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...