Saturday, 24 March 2018

SPAD kesan bas sekolah bawa pelancong #SPAD

Port Dickson : Datuk Che Hasni Che Ahmad yang juga Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memaklumkan bahawa, setelah mendapat aduan syarikat pengendali bas sekolah yang menukarkan warna bas sekolah kepada warna lain dan beroperasi sebagai bas pelancong.

Pihak SPAD dalam Operasi Khas Serkap telah mendapati 2 daripada 10 pengendali bas yang menggunakan tanda badan korporat telah melakukan kesalahan dengan menukar waran bas sekolah kepada warna lain dan beroperasi sebagai bas pelancong selain tidak memiliki Lesen Perubahan Sementara (LPS). 

Tujuan mereka ini adalah untuk mengaut keuntungan yang lebih tanpa mempedulikan undang undang. Para pengusaha bas yang tidak bertanggunjawab ini telah menukar warna bas dari warna amber (kuning) kepada warna bas pelancong seperti biru dengan bertujuan untuk mengaburi pihak berkuasa dan perkara ini telah berleluasa sejak awal tahun lagi. 


Kedua dua pengendali bas yang masing masing berusia 51 dan 35 tahun itu akan dipanggil untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, ujar beliau lagi.

"Mereka juga mengubah warna bas yang sepatutnya berwarna amber (kuning) kepada warna bas pelancong seperti biru bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.

"Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM500,000 dan tidak kurang RM1,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


Operasi selama tiga jam bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari itu disertai enam anggota dan pegawai SPAD 
SPAD kesan bas sekolah bawa pelancong #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 24 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...