Thursday, 22 March 2018

SPAD kaji bina landasan Kembar. #SPAD

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan sewaktu menggulung ucapan Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, beliau telah menyatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membina landasan berkembar di atas rekaan trek dwiformasi yang sedia ada bagi projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL). 

Beliau memaklumakan bahawa di peringkat awal projek ini hanya membabitkan pembinaan landasan tunggal atas rekaan trek dwiformasi. Namun ada kajian baharu yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) bagi melihat akan keperluan untuk membuat landasan berkembar. 


Pihak SPAD dan MRL akan membuat kajian bagi projek pembinaan sepanjang 688 kilometer yang bernilai RM55 billion ini dan hasil kajian akan diumumkan dalam masa terdekat dan pertimbangan yang membabitkan kos dan keputusan awal sebelum ini telah mengambil kira aspek kelajuan dan keselamatan, ujarnya lagi. 

Rahman Dahlan juga menyatakan bahawa sekiranya dibina landasan berkembar ianya sudah tentu pengurusannya akan menjadi lebih cekap dan lebih baik khususnya dalam aspek jadual serta kelajuan. 

Difahamkan sebelum ini. Media telah melaporkan projek ECRL yang bakal menghubungkan Kelantan dan Pelabuhan Klang, Selangor itu hanya membabitkan landasan tunggal. Namun trek keretapi itu akan dibina di atas rekaan formasi dua landasan. 

Dalam sesi penggulungan yang sama di Dewan Rakyat, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa pihak SPAD telah menubuhkan jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada beberapa pakar dalam industri keretapi bagi meneliti punca samada dari aspek keselamatan, operasi, penyelenggaraan dan lain -lain sehingga menyebabkan gerabak tren kargo tergelincir di Stesen Bank Negara pada November tahun lalu. 

Nancy juga memaklumkan bahawa siasatan berkaitan kegelinciran berhampiran Bank Negara sudah di peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Jawatankuasa terbabit SPAD akan mengsyorkan dan membuat saranan selepas siasatan tamat.
SPAD kaji bina landasan Kembar. #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 22 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...