Saturday, 10 March 2018

#SkandalTerowong Kenapa Lim Guan Eng Ketakutan?! #MCA #DAPRasuah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ternyata tidak bersedia dan enggan menyahut cabaran untuk berdebat dengan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dalam isu terowong dasar laut di Pulau Pinang. Ini disebabkan Guan Eng merasakan Ka Siong tidak layak dan tidak setaraf dengannya. 

Dr Sivamurugan Pandian, seorang penganalisa politik Negara telah berpendapat bahawa dengan keenggan Guan Eng berdebat dengan Ka Siong maka secara tidak langsung ianya akan memberi manafaat kepada MCA. 

Isu tidak sama taraf adalah ridak relevan kerana pernah kita lihat perdebatan sebelum ini yang tidak melihat jawatan sebagai satu kriteria utama kerana yang paling penting adalah sejauh mana masing – masing berhujah untuk mempertahankan parti. 

Isu Pembinaan terowong ini akan menjadi satu perkara yang akan dinilai oleh para pengundi dalam membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak khususnya para pengundi Cina dan atas pagar, ujarnya lagi. 

Beliau juga menyatakan bahawa, para pengundi cina kini telah mula resah dan melahirkan kebimbangan kerana isu ini sudah menjadi semakin karut dan meleret leret sehingga ketahap ini. Dengan penghinaan, mengaibkan serta pembunuhan karektor melalui kaedah sebegini, maka secara tidak langsung akan memberi impak besar kepada prestasi atau keputusan yang bakal diperolehi oleh kedua dua pihak. 

Ka Siong telah mencadangkan agar satu debat diantara beliau dan Guan Eng diadakan berikutan pendedahan oleh kontraktor pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, Zenith Construction Sdn Bhd telah membayar RM22 juta kepada dua orang individu sebagai rasuah untuk menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek mega berkenaan. 

Namun Guan Eng dengan angkuh menolak cabaran dari Ka Siong kerana baginya Timbalan Presiden MCA itu tidak layak untuk berdebat dengannya berdasarkan jawatan yang mana beliau adalah Setiausaha Agung DAP yang disandang semenjak 2005 berbanding Ka Siong. Apatah lagi Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang ketika itu menjawat jawatan Presiden MCA pernah mengemukakan cadangan untuk berdebat dan sewajarnya untuk kali ini ianya harus datang dari Presiden MCA itu sendiri iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai dan bukannya Ka Siong. 

Dr Sivamurugan juga berpendapat perdepatan ini adalah sebagai satu medium untuk memudahkan pihak MCA untuk mencapai pelbagai golongan sasar kerana merasakan ianya akan ditonton oleh pelbagai kumpulan umur dan secara tidak langsung para pengundi boleh menilai secara langsung berdasarkan hujah masing masing. Selain daripada itu modus opernadi debat ini membolehkan MCA berpeluang untuk memulihkan apa yang sukar diperolehi sebelum ini. 

Beliau juga berpendapat agak sukar untuk BN kembali menguasai Pulau Pinang namun sedikit sebanyak isu ini bakal membawa perubahan prestasi kepada kedua – dua parti terbabit dan dalam kontek ini MCA dan Barisan Nasional (BN) khususnya akan mampu memberi persaingan yang jauh lebih baik berbanding PRU 2008 dan 2013. Kemungkinan juga berlaku sedikit perubahan dari sudut prestasi sekiranya mereka mampu meyakinkan para pengundi Tiong Hwa, hurai beliau lagi.
#SkandalTerowong Kenapa Lim Guan Eng Ketakutan?! #MCA #DAPRasuah Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 10 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...