Monday, 5 March 2018

Semakin Hebat Lim Guan Eng Menipu #KekalNajib #PakatanProDAP #TolakPakatan

Teng Chang Yeow yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang telah menyatakan bahawa kini, Lim Guan Eng mula gelabah dan lazimnya akan mula ‘bertaichi’ untuk mengelakkan apa jua dakwaan dan tuduhan terhadapnya. Dalam isu terowong dasar laut, ianya amat jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri pimpinan Guan Eng tidak pernah telus dalam membangunkan Pulau Mutiara itu malah juga memperlihatkan pengurusan kerajaan negeri DAP di negeri ini sememangnya kelam kabut.

LGE semakin hebat ber-taichi
Konsortium Zanith Construction Sdn Bhd (Zenith) telah memohon maaf kepada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim atas dakwaan mereka sebelum ini dan menerusi peguam mereka, Zenith telah menarik balik notis tuntutan yang dihantar kepada Abdul Azeez berhubung dakwaaan menerima RM3 juta berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Perkara ini jelas kerajaan DAP Pulau Pinang akan menyalahkan orang lain untuk menampakkan merka tidak bersalah.

Chang Yeow juga menyatakan bahawa agak mustahil kerajaan DAP pulau Pinang tidak mengetahui mengenai bayaran RM22 juta kepada pihak lain kerana Zenith merupakan syarikat yang dilantik oleh mereka.

Dalam isu ini, Guan Eng perlu bertanggungjawab dan perlu berhenti menyalahkan serta menuduh pihak ketiga serta mereka tidak perlu menafikan dan mewujudkan persepsi dengan cuba untuk menyalahkan mereka yang tiada kena mengena dengan isu ini.

Dalam isu yang sama, skandal terowong dasar laut ini telah didedahkan oleh sebuah portal yang dikenali dengan cmlimbuaneng.com yang mereka sifatkan ianya sebagai komplot rasuah dan salah guna kuasa. Satu video yang berdurasi 3 minit 45 saat telah di muat naik di dalam portal tersebut yang mendakwa projek terowong dasar laut yang melibatkan kos RM11.2 billion aset dan tanah di Pulau Pinang oleh pemimpin DAP.

Pemimpin – pemimpin DAP telah menyedari akan kuasa mereka tidak akan bertahan lama memerintah Pulau Pinang maka mereka telah merancang projek mega yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di Pulau Pinang ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara, dakwa portal berkenaan lagi.

Yang menjadi persoalannya, wang rakyat sebanayk RM11.2 billion untuk membiayai projek ini serta setelah lima tahun memerintah, tiada sebarang faedah atau manafaat yang diterima oleh rakyat, malah tiada terowong dan jalan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, ujar Chang Yeow lagi.
Semakin Hebat Lim Guan Eng Menipu #KekalNajib #PakatanProDAP #TolakPakatan Daeng Selili Rating: 5 Monday, 5 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...