Monday, 12 March 2018

#PRU14: UMNO Sedia Perangi Berita Palsu #TSAM #BetterNation #KekalNajib

Menjelang Pilihan Raya Umum ke – 14 (PRU14), Biro Penerangan UMNO telahpun menyusun gerak kerja untuk menangani berita palsu dan memerangi persepsi yang di sebarkan oleh pembangkang menerusi media sosial yang kini ternyata ianya lebih kompleks. 

Cabaran juga lebih tinggi kerana tidak boleh mengagak dari segi masa dan apa cerita yang cuba direka oleh pihak pembangkang. Kadang – kadang sumber datangnya dari luar Negara atau menggunakan agensi atau pihak yang memperlihatkan seolah – olah amat berwibawa. 

Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Anuuar Musa menyatakan bahawa apa jua isu kelak perlu dikendalikan dengan cara berbeza dan tersendiri kerana isu yang dihadapi bukan lagi stereotaip atau yang boleh diramal, apatah lagi PRU14 disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya. 

Annuar Musa juga memberi contoh terdapat agen antarabangsa yang berpengkalan di luar Negara telah mengaburi pembaca dengan menyebarkan berita – berita palsu yang mempunyai agenda tersendiri melalui portal yang kononya portal tempatan. 

Mereka ada niat tertentu dan sememangnya mereka mempunyai kepakaran dalam membuat berita palsu, mereka juga membeli serta menyogok untuk mendapatkan berita yang separuh benar kemudian mereka mengolah semula berita tersebut untuk menjadikannya seolah – olah berita tersebut benar. Mereka ini adalah pengguna media peringkat tinggi yang mempunyai misi tertentu. Manakala berita yang disiarkan pula bukan hanya dari satu media semata – mata, ujar Annuar lagi. 

Dalam hal ini kerajaan akan menjadi mangsa sekiranya tidak mempunyai ketahanan serta kaedah yang betul untuk menangkis perkara tersebut kerana ianya bukan lagi menjadi permainan peringkat tempatan, malah sudah menjadi global dengan pihak yang berkepentingan yang bukan lagi berada di depan mata. 

Dalam perkara ini, apa jua tindakan yang telah dilaksanakan tidak boleh didedahkan. Hasrat kerajaan adalah untuk mempastikan agar rakyat tidak terpedaya dan rakyat juga perlu bijak untuk mendapatkan apa jua berita dan isu dari sumber yang sahih sahaja walaupun ia mungkin perlahan daripada berita palsu dan fitnah. Ini disebabkan membina persepsi sudah menjadi satu strategi yang digunakan sepenuhnya oleh mereka yang sememangnya bercita – cita untuk menjatuhkan kerajaan. Oleh itu berita yang sahih itu mesti diperolehi. 

Kerusi parlimen Ketereh bakal dipertahankan oleh Annuar Musa pada PRU14 dan selaku Ketua Penerangan UMNO beliau juga memaklumkan bahawa, antara kaedah yang akan digunakan menerusi portal UMNO sebagai usaha untuk menyebarkan maklumat serta menerangkan sesuatu isu adalah melalaui program jelajah ‘Perjuangn For All’ serta program dalam talian ‘Anda Tanya, Kita Jawab’. 

Apa jua medium medial sosial akan digunakan untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada mereka ini seperti Facebook (FB), Instagram dan Twitter. Tidak dinafikan juga terdapat mereka yang sememangnya bijak menilai, yang bukan mudah terpengaruh tentang apa yang mereka baca samada di kumpulan Whatapp mereka mahupun FB. Lazimnya majoriti senyap yang kerap ‘ber FB’ dan rutinnya menyerbarkan berita dan sebagainya harus ditangani dengan bijak dan saksama. 

Pengguna media sosial yang baik akan berfikir dan selidik serta mencari kesahihan maklumat sebelum mempercayai dan menyebarkan sesuatu berita. Kumpulan yang beretika dan tidak beremosi ini sudah mula ramai kerana mereka tidak mudah terpedaya. Mereka ini adalah rakyat Malaysia yang bijaksana dan menjadi aset kepada Negara. 

Pada PRU14 kali ini UMNO dan Barisan Nasional telah membuat persedian rapi dengan mensasarkan kemenangan dua pertiga kerusi. Sasaran semaksima mungkin kerana BN perlu membentuk kerajaan yang kuat demi kesejahteraan rakyat. Cerita disebelah ‘sana’ yang kononnya akan berkongsi jawatan Perdana Menteri untuk setiap dua tahun sebenarnya retorik semata – mata dan sengaja ‘mencari nahas’. 

Beliau menambah, UMNO dan BN amat yakin bahawa rakyat akan membuat keputusn yang jujur semasa pilihan raya umum nanti dan atas dasar itu apa jua gerak kerja dalam mengatasi persepsi, penipuan dan kempen membenci perlu dihadapi oleh rakyat dengan penuh kesabaran kerana dengan kaedah dan tatacara yang berkesan segala macam fitnah dan cerita yang tidak betul akan dapat dirungkai akan kebenarannya.
#PRU14: UMNO Sedia Perangi Berita Palsu #TSAM #BetterNation #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Monday, 12 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...