Wednesday, 14 March 2018

Projek ECRL Bakal Berikan Pelbagai Manfaat! #ECRL #LRT #SPAD

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak telah memaklumkan bahawa Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan melatih dan menawarkan pekerjaan kepada 3,600 penuntut yang lengkap dengan kemahiran teknologi kereta api. 

Latihan bagi graduan dan pekerja berkemahiran dalam teknologi rel adalah amat tepat pada masanya. Langkah ini telah ditetapkan untuk meningkatkan kebolehan bekerja golongan muda khususnya dari Kelantan, Terengganu dan Pahang apatah lagi projek ECRL ini adalah satu projek infrastruktur besar – besaran sedang dilaksanakan di Negara ini. 

Pekerja mahir dan terlatih ini nanti boleh juga diserapkan ke dalam projek tersebut termasuklah Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) serta Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura. 

Sewaktu beliau ditemu bual dalam satu program khas oleh Bernama News Channel (BNC) di saluran CH502, beliau juga menambah bahawa, di Malaysia teknologi kereta apai sedang berkembang pesat dan ianya amat penting bagi rakyat Malaysia untuk mampu menguruskan dan mengendalikan ECRL selepas pembinaannya. 

Projek ECRL sepanjang 688 kilometer ini adalah dimiliki oleh MRL. Ianya menghubungkan Kelantan dan Pelabuhan Klang, Selangor dan dijangka siapa sepenuhnya pada tahun 2024 yang membabitkan kos bernilai RM55 billion. 

Beliau juga menambah bahawa, menerusi Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI) ECRL Malaysia merupakan hasil kerjasama antara MRL, kontraktor siap guna China Communication Construction Company (CCCC) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan kesan daripada latihan berkemahiran tinggi ini akan mewujudkan lebih ramai pekerja kereta apai untuk memenuhi permintaan industri itu yang sudah semetinya akan berkembang pesat kelak. 

Darwis juga memaklumkan bahawa latihan berkemahiran tinggi ini akan menumpukan kepada bidang reka bentuk dan pembinaan landasan keretapi dan secara tidak langsung ianya akan melengkapkan rakyat tempatan dengan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam projek tersebut dan UMP telah dikenal pasti sebagai Universiti tumpuan serta untuk menyelaras dalam latihan berkenaan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. 

Manakala dua univeriti terkemuka dari China iaitu Beijing Jiatong Universiti dan Southwest Jiatong Universiti berperanan sebagai rakan kongsi latihan teknologi kereta api CCCC yang juga di beri tanggungjawab untuk merangka sukatan pelajaran dan program latihan. Menerusi PLKI, UMP semakin hamper untuk membangunkan program kejuruteraan keretap apu pada masa depan, ujar Darwis lagi. 

Latihan merupakan bahagian yang penting dalam menyokong projek mega ini dan ECRL dijangka akan dapat mewujudkan leboh 80,000 pekerjaan kepada rakyat Malaysia semasa tempoh pembinaannya manakala 6,000 pekerjaan lagi akan ditawarkan semasa pengoperasiannya. 

Hampir 3,000 penuntut akan dilatih menerusi program ini yang bermula tahun 2017 sehingga 2022 dan ditaja sepenuhnya oleh CCCC dengan kos RM23 juta. 

Darwis juga memaklumkan bahawa, kesemua graduan yang dilatih akan diserap oleh MRL, CCCC atau subkontraktornya. Setakat ini seramai 49 penuntut telah menamatkan pengajian sebagai professional manakala seramai 138 graduan sebagai pekerja berkemahiran dan menjelang akhir tahun ini program ini bakal melatih 750 pekerja atau 25 peratus daripada sasaran yang dijangka.
Projek ECRL Bakal Berikan Pelbagai Manfaat! #ECRL #LRT #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 14 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...