Thursday, 22 March 2018

Penjawat Awam "Awas kaduk naik junjung" [Video] #TolakPakatanHarapan #KekalNajib

DAP sebagaimana sebelumnya akan menggunakan apa jua strategi mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14). Kelantangan mereka menghina penjawat awam seolah – olah seiring dengan hasrat mereka yang ingin menafikan hak orang melayu dalam Negara. 

Prof. Datuk Dr. Ismail Sulaiman yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengulas bahawa pemimpin Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP kini ibarat seperti ‘jarum halus kelindan sutera’ kerana mereka amat licik dalam perancangan mereka untuk mendoktrin konsep Malaysian Malaysia.

Belum pun lagi memegang tampuk pemerintahan Negara, DAP yang mengetuai PH begitu lantang menyerang penjawat awam dalam pelbagai hinaan yang amat melampau. Ini memperlihatkan mereka sememangnya mempunyai agenda tersembunyi yang ingin direalisasikan oleh mereka.

Badan pemikr kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Penang Institut telah mengeluarkan kenyataan bahawa Negara hanya memerlukan seramai 430,000 penjawat awam berbanding dengan 1.6 juta yang sedia ada dan tindakan lantang para pimpinan PH khususnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menghina secara melampau terhadap kakitangan awam yang lebih 90 peratus orang melayu sememangnya ada agenda tersembunyi.

Dr Ismail juga amat hairan dan beliau cuba menjelaskan hal yang di lakukan oleh mereka seperti penghinaan dan sebagainya seolah – olah satu bentuk ugutan bagi penjawat awam yang menyokong kerajaan dalam PRU14 nanti.


Sepatutnya mereka melaksanakan saranan mereka itu di negeri – negeri yang dikuasai oleh mereka terlebih sahulu seperti Pulau Pinang dan Selangor dan sehingga kini ianya tidak pernah di praktikan di kedua – dua negeri tersebut. Manakala parti – parti melayu dalam PH sudah hilang semangat Melayu seolah – olah takut dan tidak mampu mempertahankan hak orang Melayu kerana kelihatan dan nada percakapan mereka telah dipengaruhi oleh DAP yang mana jelasnya kini kelancangan pemimpin PH itu menunjukkan mereka sememangnya terdesak dengan cuba menafikan sumbangan penjawat awam kepada negara, Tambah Dr Ismail lagi.

kelakuan dan gerak laku PH terhadap penjawat awam juga telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri. Dimana Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkongsi video mengenai kenyataan pemimpin mereka yang terlibat sebelum ini. https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155220519085952


Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Presiden PPBM juga mengeluarkan ‘ugutan’ yang mahu memecat pegawai tinggi kerajaan dalam tempoh 30 hari pertama sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU – 14.

Tidak ketinggalan juga Menteri Besar Selangor yang sekarang ini cepat benar melenting dan kadang – kadang ‘blur’ serta bodoh sombong. Sehinggakan bersikap tidak matang apabila mahu mencampak ketua Setiausaha kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Zaini ke dalam empangan disebabkan pandangan jujur bahawa margin bekalan air di Selangor kini adalah ditahap kosong peratus.
Penjawat Awam "Awas kaduk naik junjung" [Video] #TolakPakatanHarapan #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 22 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...