Thursday, 8 March 2018

Pengangkutan Di Malaysia Bakal Dilengkapi Dengan Sistem Perkhidmatan Tram #SPAD #TRAM

Sistem pengangkutan di Malaysia adalah antara yang paling cekap dan maju didunia khusunya perkhidmatan rel bandar kerana ianya telah berjaya menjadikan pengangkutan seperti LRT, MRT, dan Monorel sebagai satu medium pengangkutan utama masyarakat di Bandar raya Kuala Lumpur. 

Keberkesanan dan kecekapan ini akan ditambah dengan cadangan menyediakan perkhidmatan tram bagi fasa pertama di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang yang mana ianya bakal dilaksanakan dalam jangka masa tiga tahun akan datang yang akan meliputi perjalanan sejauh 53 kilometer 


Mohd Azharuddin Mat Sah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberitahu kepada pihak media sewaktu memberi taklimat mengenai Laporan Tahunan Pengangkutan Awam Darat bahawa, yang mana menurutnya pihak SPAD akan mengemukakan Permohonan Cadangan (RFP) kepada kerajaan berkenaan perkara ini tidak lama lagi. 

Beliau turut menambah bahawa RFP bagi projek sistem perkhidmatan tram ini dijangka akan siap antara tiga dan enam bulan dan perlaksanaan projek ini akan mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan dan kosnya 30 peratus lebih murah berbanding perkhidmatan monorel. Sistem pengangkutan trem ini sememangnya satu kaedah perkhidmatan yang lebih cekap dan mesra alam sekitar. 
Contoh rekabentuk "Tram" Diluar Negara

Azhar juga turut memaklumkan bahawa perkidmatan trem yang bakal digunakan kelak adalah lebih baharu, moden dan senyap berbanding yang terdapat di Amerika Syarikat, Taiwan, China dan Eropah. Sistem ini akan bersalinghubung dengan sistem LRT, MRT, Monorel, ERL dan HSR. 

Pihak SPAD akan membentangkan kertas projek ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd najib Tun Razak selepas mendapat RFP, tambah Azhar lagi.
Pengangkutan Di Malaysia Bakal Dilengkapi Dengan Sistem Perkhidmatan Tram #SPAD #TRAM Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 8 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...