Tuesday, 20 March 2018

Pembangkang Gagal Tiru Barisan Nasional - Annuar Musa #TSAM #KekalNajib #BetterNation

Barisan Nasional mempunyai resepinya yang tersendiri yang gagal ditiru oleh pakatan pembangkang yang sebelum ini berberapa kali gabungan setiap kali pilihan raya dan akhirnya berkubur tidak bernisan 

“Ramai orang cuba nak tiru BN… Pakatan Harapan (PH) nak tiru, dulu buat Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan sebagainya dan beberapa kali parti lain cuba nak tiru cara BN namun semua gagal, setiap kali pilihan raya hancur. 

Apa beza antara BN dengan parti-parti lain yang cuba dibuat oleh DAP dan mereka bergabung? Bezanya ialah, di dalam BN kita jujur antara satu sama lain sejak penubuhan parti perikatan lagi dan, antara kaum-kaum kena ikhlas, tak payah bermain politik. Kita ikhlas terima hakikat bahawa negara yang merdeka ini, tidak boleh merdeka dengan bersendirian… negara yang merdeka ini mesti jaga aspirasi orang Cina, kepentingan orang India dan orang Melayu dan kaum-kaum lain,” kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Tan Sri Annuar Musa 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat ‘Menangani Fitnah Pembangkang Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang turut dihadiri Ketua Publisiti MCA Kebangsaan Datuk Seri Ti Lian Ker, Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Negeri Sembilan yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Jalaluddin Alias, Setiausaha Penerangan MyPPP Andrew Rajah dan Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan S. Shanmugam. 

Barisan Nasional pada ketika ini komited dalam menangani kehadiran berita palsu yang melanda setiap kali musim pilihan raya.

Pada PRU13 yang lalu Barisan Nasional diserang hebat di laman sosial yang rata ratanya membawa berita berita yang tidak sahih yang ditunjangi pasukan Red Bean Army yang ditaja oleh parti pembangkang. 

Antara berita yang memberi kesan yang teruk terhadap fitnah kepada pilihan raya ketika itu adalah adanya kejadian #Blackout sedangkan tidak satupun laporan polis, saksi dan lokasi yang dikhabarkan dan ianya adalah palsu dan fitnah yang direka untuk menaikkan kemarahan rakyat yang memberikan persepsi kononnya kerajaan yang terbentuk pada hari berikutnya tidak sah.


Pembangkang Gagal Tiru Barisan Nasional - Annuar Musa #TSAM #KekalNajib #BetterNation Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 20 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...