Sunday, 4 March 2018

Media Asing Jadi Alat Sebar Berita Palsu - Annuar Musa #TSAM #UMNO

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa telah menyatakan bahawa UMNO mendapati terdapat media tertentu di dalam dan luar Negara yang disalurkan matlumat palsu untuk mereka tularkan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Matlumat – matlumat ini akan disebarkan menjelang hari pengundian supaya rakyat membenci kerajaan. 

Oleh yang demikian, masyarakat seharusnya tidak mudah terpedaya dengan laporan berita termasuk dari luar Negara. Ini disebabkan apabila tibanya musim Pilihan Raya maka ramai pihak akan campur tangan termasuk yang didalangi di luar Negara. 

Annuar Musa telah menasihatkan kepada para pemimpin UMNO khususnya agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat. Ini disebabkan gerak geri pemimpin UMNO serta kenyataan – kenyataan yang dikeluarkan diperhatikan oleh parti pembangkang. Justeru itu kesemua pemimpin UMNO perlu meminimumkan kesilapan kerana dikhuatiri akan ‘tertembak di kaki sendiri’. 

Ketua Penerangan UMNO ini yang juga Ahli Parlimen Ketereh telah menyatakan demikian sewaktu ditemui selepas Majlis penerimaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kompleks YKK. Untuk rekod, seramai 20,000 penduduk di Parlimen ini telah menerima BR1M. 

Beliau juga turut memberitahu bahawa pesiapan parti bagi menghadapi PRU-14 dianggap terbaik termasuklah menerusi simulasi yang diadakan disemua peringkat.
Media Asing Jadi Alat Sebar Berita Palsu - Annuar Musa #TSAM #UMNO Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 4 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...