Sunday, 18 March 2018

MCA Tidak Akan Tergugat Di Ayer Hitam #MCA #BetterNation

Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang sewaktu menyambut Perayaan Ulang Tahun DAP ke 52 telah mengumumkan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, 41 telah dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Pengumuman ini jelas memperlihatkan bahawa DAP sememangnya mengamalkan tindakan ‘menang dan lari’ di mana ini merupakan kali kedua Chin Tong ‘lari’ daripada kawasan yang ditandingininya. Ini secara tidak langsung menunjukkan beliau adalah calon DAP yang ‘menang dan lari’ kerana hanya berkhidmat satu penggal di setiap kerusi yang dimenanginya.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chin Tong telah memenangi kerusi parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang. Manakala pada tahu 2013 beliau telah bertanding di parlimen Kluang, Johor. 

Manakala Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menyatakan dengan yakin bahawa MCA tidak tergugat dengan tindakan DAP itu meskipun Chin Tong adalah Pengerusi DAP Johor kerana bagi Tiong Lai siapa sahaja yang bertanding di Parlimen Ayer Hitam untuk menentang Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mereka sedia hadapi untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi olehnya pada Pilihan Raya Umum ke – 13 (PRU13) yang lalu. 

Kecemerlangan Wee Ka SIong dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik di Parlimen Hitam memang telah di akui oleh penduduk di kawasan ini di mana beliau telah melaksanakan pelbagai agenda transformasi, memperkasa ekonomi Ayer Hitam dan Yong Peng. 

Tiong Lai sewaktu menghadiri Perhimpunan perkukuhkan team Johor yang telah dihadiri lebih 5,000 orang di Dewan Serbaguna Johor Jaya turut menyatakan bahawa, MCA amat yakin dengan rakyat di Ayer Hitam akan sekali lagi bersama – sama dengan Ka Siong serta MCA dan dengan penyertaan parti komponen Barisan Nasional (BN), kerusi Ayer Hitam akan dapat dipertahankan oleh BN. 

Perhimpunan ini juga turut dihadiri oleh barisan kepimpinan MCA yang lain dan untuk rekod Kerusi parlimen Ayer Hitam telah dikuasai oleh BN selama 3 penggal semenjak 2004 dan menerusi Ka Siong pada PRU-13 beliau telah menewaskan calon PAS, Hu pang Chow dengan majoriti 7,310 undi.
MCA Tidak Akan Tergugat Di Ayer Hitam #MCA #BetterNation Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 18 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...