Tuesday, 27 March 2018

MCA Tekad Rampas Seremban?! #PRU14 #MCA #BetterNation

Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Pengerusi BN negeri iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan di lihat mampu merampas kembali kerusi parlimen Seremban daripada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14). Ini kerana parti parti komponen BN mempunyai kerjasama yang mantap dan tersusun. Di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan jelas memperlihatkan visi yang jelas dan mengamalkan satu prinsip merancang semua agenda pembangunan dengan lebih awal. 


Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong sewaktu melancarkan Bilik Gerakan BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang dan DUN Temiang di Seremban. Beliau juga turut menyatakan bahawa selaian hubungan akrab bersama parti komponen, jentera pilihan saya MCA Negeri Sembilan juga telah bersiap sedia dari awal dan kini sudah mencapai satu tahap yang sangat mantap demi untuk mempastikan kemenangan mutlak berpihak kepada BN pada PRU-14 nanti. 

Dalam majlis yang sama, ianya juga turut dihadiri oleh Pengerusi MCA negeri iaitu Datuk Seri Lim Chin Fui, Ketua Pemuda MCA Kebangsaan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza. 

Kerajaan negeri mempunyai rancangan jangka panjang untuk melaksanakan Pelan Pembangunan 30 tahun Negeri Sembilan 2015 – 2045 supaya rakyat dapat menikmati kemajuan dan kesejahteraan. Ini dinyatakan sendiri oleh Wee yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga menambah bahawa Malaysia Vision Valley (MVV) akan dibangunkan di bahagian barat Negeri Sembilan yang meliputi Nilai, Seremban dan Port Dickson dengan cadangan kawasan seluas 108,000 hektar. MVV ini dilihat mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri. 

MVV ini memperlihatkan kerajaan negeri mempunyai visi yang jelas dan justeru itu rakyat seharusnya memberi sokongan pada BN untuk mempastikan negeri ini terus membangun dan sejahtera. Ujar Wee lagi. 

Selain daripada itu, Wee juga menyatakan bahawa aspek pembangunan sosial juga akan dijaga dan apabila wakil rakyat BN mewakili Parlimen Seremban, ini secara tidak langsung boleh ‘membawa suara’ rakyat di Parlimen Seremban itu sendiri mahupun di peringkat DUN. Ini sudah tentulah mempermudahkan kerja, oleh itu satu pasukan yang mantap perlu dizahirkan untuk meneruskan agenda pembangunan ini. 

Rakyat di Parlimen Seremban jangan sesekali lagi menaruh kepercayaan kepada pembangkang kerana tugas mereka hanyalah membangkang walhal MCA mempunyai calon yang berwibawa seperti Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban, tambah Wee lagi. 

Beliau juga menyatakan bahawa beliau percaya Sin Woon telah membuat perancangan yang rapi untuk semua kaum dan menyeru supaya rakyat di Parlimen Seremban agar memberi peluang kepada Sin Woon dengan mengundinya untuk mempastikan kemenangan BN pada PRU-14 nanti. 

Senator Datuk Chong Sin Woon telah dipilih oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri untuk bersaing bagi merebut kerusi Parlimen Seremban pada PRU -14.
MCA Tekad Rampas Seremban?! #PRU14 #MCA #BetterNation Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 27 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...