Friday, 16 March 2018

Malaysian Malaysia’ DAP Langgar Prinsip Perlembagaan?! #DAP #KekalNajib

Prof. Datuk Dr Rahmat Mohamad yang juga merupakan Dekan Fakulti Undang – undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menyatakan bahawa prinsip ‘Malaysian Malaysia’ yang ditekankan oleh DAP amat jelas telah melanggar undang undang berikutan ianya menyentuh beberapa perkara keistimewaan kepada bumuputera dan islam yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Dr Rahmat juga menyatakan bahawa Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP itu jelas mempunyai agenda politik tersendiri dan beliau seharusnya faham dan sensitif dengan menghormati perkara berteraskan kontrak sosial yang telah termaktub sejak dahulu lagi dan bukannya memberi alasan dengan menyatakan ianya satu dasar serta amalan yang hanya mengutamakan sesuatu kaum atau agama. 

Datuk Dr Rahmat Mohamad 
Kit Siang perlulah menghormati Perlembagaan dan Dr Rahmat menyarankan agar Kit Siang perlu tanya pada dirinya sendiri mengapa dan untuk apa prinsip itu diwujudkan. Apa yang diperjuangan oleh Kit Siang hanyalah ‘mantera’ atau ayat untuk meraih sokongan kaum lain demi Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) dan seharusnya beliau tahu bukan perkara yang mudah hendak mengubah sesuatu yang sudah ada dalam Pelembagaan, tambah Dr Rahmat lagi. 

Dr Rahmat telah mengulas perkara ini apabila Penasihat DAP, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan pada sidang Dewan Rakyat yang bertegas mahu melaksanakan konsep Malaysian Malaysia di Negara ini sebagaimana perjuangan parti DAP semenjak ianya ditubuhkan lima dekad yang lalu.
Malaysian Malaysia’ DAP Langgar Prinsip Perlembagaan?! #DAP #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Friday, 16 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...