Tuesday, 6 March 2018

LGE ‘manusia yang hina’ - Wee Ka Siong #MCA #DAPRasuah

Wee Ka Siong Cabar Lim Guan Eng Berdebat

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah dicabar oleh Datuk Seri Ir Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA untuk berdebat bagi merungkai skandal terowong dasar laut yang didakwa membabitkan rasuah dan penyelewengan. 

Projek mega pembinaan terowong dasar laut ini yang bernilai RM6.3 billion masih di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Dua orang ahli perniagaan telah ditahan oleh SPRM berhubung dengan kes berkenaan. 

Wee Ka Siong menempelak Guan Eng kerana menggelar beliau sebagai ‘manusia yang hina’ dan mencabar Guan Eng sekiranya cukup berani maka satu debat terbuka boleh diadakan diantara Guan Eng dan beliau sendiri mengenai terowong dasar laut Pulau Pinang sepanjang 7.2km ini, ujar Kaa Siong lagi. 

Syarikat Consortium Zenith Construction telah dianugerahkan projek pembinaan ini yang bakal menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama yang dijadualkan bermula pada tahun 2023. 

Kerjaan DAP Pulau Pinang perlu mengakui bahawa kontrak pembinaan terowong ini telah diberikan kepada syarikat baharu yang tidak berkelayakan yang mana usia syarikat tersebut hanya berusia 82 hari serta berdasarkan syarat – syarat yang sangat berat sebelah. Guan Eng juga acapkali memberikan alasan yang tidak logik bagi menutup salah lakunya, ujar Ka Siong lagi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Ahli Parlimen Ayer Hitam. 

Ka Siong telah di labelkan sebagai seorang yang ‘hina’ oleh Guan Eng kerana mendakwa Ka Siong berbohong dengan mengatakan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Farizan Darus telah memilih Konsortium Zenith BUCG untuk pembinaan terowong dan tiga lebuh raya, walaupun menyedari syarikat berkenaa tidak mematuhi syarat yang mana perlu mematuhi bayaran modal minimum sebanyak RM381 juta. 

Untuk rekod, pada tahun 2013 Konsortium Zenith BUCG telah memenangi tender untuk projek pembinaan ini. Namun demikian telah meninggalkan consortium itu pada September 2016. 

Lantaran dari itu, Zenith Construction telah mengambil alih 95 peratus pegangan saham dam consortium tersebut dan kini dikenali dengan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.
LGE ‘manusia yang hina’ - Wee Ka Siong #MCA #DAPRasuah Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 6 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...