Tuesday, 13 March 2018

Keupayaan ERL Meningkat 50 Peratus Dengan Ketibaan 6 Tren Baru. #ERL #KLIA #SPAD

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan bahawa keuayaan perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sebanyak 50 peratus dengan pelancaran 6 tren baru. Tren yang bermotifkan songket ini merupakan tambahan kepada 12 tren yang sedia ada yang mana 2 set baru tren akan digunakan untuk perkhidmatan KLIA Ekspress dan 4 lagi untuk kegunaan KLIA transit. 

Tiong Lai juga memaklumkan bahawa perkhidmatan tambahan untuk tren KLIA Transit ini akan mengurangkan masa menunggu bagi tempoh untuk setiap 15 minit daripada kekerapan setiap 20 minit pada waktu puncak. 

Manakala kekerapan pelepasan tren di waktu puncak akan meningkat kepada 20 minit berbanding 30 minit sebelum ini. Ianya menjadikan kekerapannya setara dengan perkhidmatan KLIA Express. Ujarnya sekwatu melancarkan tren baharu tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru baru ini. 

Tiong Lai juga turut mengulas mengenai kadar kenaikan tambang pada tahun 2016 yang berpunca daripada pengurangan jumlah penumpang sebanyak 19 peratus. Beliau juga menyatakan bahawa penambahan tren ini juga meningkatkan penawaran nilai dan ianya sangat penting bagi menarik lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan awam dan secara tidak langsung ianya akan menjadi pelengkap kepada komitmen kerajaan untuk menambah baik infrastruktur pengangkutan awam dan kualiti perkhidmatan.
Keupayaan ERL Meningkat 50 Peratus Dengan Ketibaan 6 Tren Baru. #ERL #KLIA #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 13 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...