Friday, 2 March 2018

Jangan Jadikan Kes 1MDB Sebagai Bahan Sentimen - Annuar Musa #TSAM #1MDB #KekalNajib #BetterNation

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sewaktu menghadiri program Bicara Minda dan Sesi Dialog Perjuangan For All disini, telah menyatakan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu syarikat pelaburan strategik negara telah mengikuti pelan rasionalisasi sebagaimana yang telah di gariskan sebelum ini dan syarikat ini telah menyelesaikan sebahagian hutang serta tiada hutang jangka masa pendek. Yang paling pentingnya segala permasalahan telah diselesaikan dengan baik. 

Oleh itu penutupan 1MDB tidak perlu dijadikan bahan sentiment untuk dipermainkan. Ini jelas sebagaimana perakuan laporan oleh Jawatankuasa Kira – kira Wang Negara (PAC) dimana aset tanah sudah dipindahkan kepada Minister of Finance Incorporated. 

Annuar Musa juga menjelaskan bahawa, 1MDB telah ditelanjangi sedemikian rupa, telah dilempar dengan pelbagai fitnah oleh mereka yang berkepentingan. Maka sudah tentulah sukar untuk menjalankan perniagaan. Beliau mengulas Kenyataan Ketua Setiausaha perbendaharaan yang juga Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah yang menyatakan bahawa 1MDB akan ditutup selepas kesemua hutangnya selesai dibayar. 

Program Dialog ini turut dihadiri oleh Ahli parlimen Kepala Batas yang juga Timbalan Menteri Luar, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Ahli parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul sebagai ahli panel. Manakala Annuar Musa bertindak selaku moderator pada majlis yang diadakan di Permatang Langsat.
Jangan Jadikan Kes 1MDB Sebagai Bahan Sentimen - Annuar Musa #TSAM #1MDB #KekalNajib #BetterNation Daeng Selili Rating: 5 Friday, 2 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...