Wednesday, 14 March 2018

Hutang Negara Diurus Baik - Isham Jalil #BetterNation #KekalNajib #PakatanProDAP #TolakPakatanHarapan


53% Dari KDNK, Hutang Negara Diurus Baik, Kata Pegawai PM

Kadar hutang negara sedia ada membuktikan ekonomi negara diurus dengan baik, kata pakar ekonomi tempatan.

Isham Jalil, lulusan Universiti Harvard berkata, hutang negara diuruskan dengan baik berikutan peratusan hutang negara daripada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 53%, masih tidak melebihi angka 55%.

Kadar hutang Malaysia dengan negara luar adalah sedikit berbanding dengan hutang dalam negara sendiri, katanya dalam siri video yang dimuat naik di laman Facebook hasil beliau ditemuramah oleh wartawan mengenai hutang negara yang sering dibangkitkan di media sosial terutama oleh pembangkang.

Beliau yang juga pegawai khas perdana menteri menolak dakwaan negara akan bankrap dengan kadar hutang tersebut.

“Ia satu tuduhan melulu dengan mengatakan dengan kadar hutang 53% ini negara akan bankrap, kita kena bandingkan dengan negara-negara lain, kalau kita lihat hutang Malaysia lebih kurang 53% tapi negara lain seperti Jepun sampai 100% lebih hutangnya,” kata beliau.

Hutang Negara Diurus Baik - Isham Jalil #BetterNation #KekalNajib #PakatanProDAP #TolakPakatanHarapan Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 14 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...