Wednesday, 21 March 2018

HASUT ANAK ANAK BENCI KERAJAAN :Lim Guan Eng Cuba Alih Isu Kepada Tengku Adnan? #TolakPakatanHarapan #BetterNation #KekalNajib

Dr. Lim Swee Tin yang juga tokoh budaya yang disegani di Negara kita telah mengulas isu kontroversi nyanyian lagu membenci cukai barang dan perkhidmatan (GST) di sebuah pusat tuisyen di Pulau Pinang dan seperti lazimnya Guan Eng akan menyalahkan orang lain dan tidak hairanlah ‘jurus taicinya’ sememangnya boleh dijangka. 

Ini berdasarkan kepada rekod beliau dalam menjawab segala isu kotroversi seperti isu pembinaan terowong dasar laut, Guan Eng akan menunding jari kepada orang lain yang mana kalau isu pembinaan terowong Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dipersalahkan maka dalam isu ini pula, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya pula telah dipersalahkan.

Sebagai seorang pemimpin yang bertaraf Ketua Menteri, seharusnya mengakui kesilapan dan tidak perlu memberikan pelbagai alasan. Sekiranya betul Guan Eng tidak bersalah maka perlulah beliau menunjukkan bukti dan jika benar bersalah maka mengaku dan minta maaf sahaja. Tambah Swee Tin lagi.

Swee Tin juga turut menambah bahawa Rakyat Malaysia bersifat terbuka untuk menerima penjelasan beliau dan hakikatnya perbezaan yang amat ketara dengan apa yang dilakukan oleh Guan Eng dengan Tengku Adnan. 

Program di Putrajaya adalah sebuah program yang melibatkan nyanyian lagu UMNO untuk disesuaikan dengan tema program di sebuah sekolah pada waktu itu yang dianjurkan bersifat penghargaan terhadap sejarah perjuangan UMNO dan Parti Perikatan yang memperjuangkan kemerdekaan.

Dalam sejarah kemerdekaan dan pembangunan Negara tiada siapa yang boleh menafikan sumbangan Parti Perikatan dan UMNO dan kehadiran Tengku Adnan hanya satu kebetulan memandangkan beliau adalah pemimpin UMNO dan juga Ahli Parlimen Putrajaya.


Swee Tin telah melahirkan kekesalan kerana apa yang dilakukan oleh Guan Eng ternyata berbeza, ia boleh mempengaruhi dan melencongkan pemikiran anak anak yang mana Guan Eng meletakkan kepentingan peribadi dan politik melebihi kepentingan nasional.
HASUT ANAK ANAK BENCI KERAJAAN :Lim Guan Eng Cuba Alih Isu Kepada Tengku Adnan? #TolakPakatanHarapan #BetterNation #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 21 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...