Saturday, 3 March 2018

DAP Tak Boleh Diharap - Liow Tiong Lai #MCA

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah merasmikan Majlis Ulang Tahun MCA ke 69 bertempat di Wisma MCA, Jalan Ampang Kuala Lumpur . Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalannya Presiden iaitu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan. Didalam sidang akhbarnya selepas majlis diadakan, Tiong Lai telah menyatakan bahawa, masyarakat Cina di Negara ini tidak sewajarnya menaruh harapan kepada DAP yang ternyata parti ini disifatkan sebagai parti yang tiada prinsip yang jelas selain sikap taksub dan gelojoh pemimpin mereka untuk menguasai pemerintahan Negara. 

Ini dapat dilihat dengan jelas sikap dan tindak tanduk mereka dalam sesuatu isu yang di bangkitkan oleh mereka. Parti yang ekstrem dan cauvanis ini akan mempermainkan apa jua isu demi kepentingan mereka dan tidak segan silu untuk menukar rakan politik asalkan hasrat dan cita – cita mereka tercapai, ujar Tiong Lai lagi. 

Liow Tiong Lai
Tiong Lai juga menyatakan dengan jelas bahawa parti pelampau seperti DAP ini tidak boleh diharapkan dalam memperjuangkan nasib masyarakat Cina di Negara ini. Sikap mereka seumpama ‘lalang’ dalam drama politik mereka. Sanggup bertukar rakan politik yang mana sebagaimana kita tahu, bermula dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan terkini sanggup ‘menjilat kembali ludah’ mereka sehinggakan sanggup bersama Pengerusi parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mahathir Mohamad. 

Ini lah DAP yang jelas agenda dan matlamat mereka dalam mengejari impian sanggup mempermainkan emosi masyarakat Cina dan menggadai kepercayaan yang diberikan hanya semata – mata untuk merampas kuasa.
DAP Tak Boleh Diharap - Liow Tiong Lai #MCA Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 3 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...