Sunday, 18 March 2018

DAP Semakin Parah Dengan Politik Toksiknya [Video] #MCA

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker telah menempelak dan mengecam tindakan Ketua Menteri kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah mengindoktrinasikan kanak kanak dan perbuatan beliau itu sudah melampaui batas sehinggakan sanggup menari seperti badut dengan lagu anti-GST. 

Dalam satu majlis pelancaran program kanak – kanak, mereka telah di ajar untuk menyanyi lagu anti-GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan ianya sarat dengan mesej antikerajaan dan ini sekaligus mengajak generasi baharu ‘mengenal dunia’ menolak dasar kerajaan tanpa di beri fakta yang tepat dan menyeluruh. 

Tindakan tersebut jelas memperlihatkan DAP sanggup memperalatkan kanak – kanak dalam politik tosik mereka tanpa mempedulikan batasan dan prinsip kematangan dalam berpolitik. Bagi mereka, apa jua cara boleh digunakan asalkan cita – cita politik ekstrem mereka tercapai 

Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor pernah dikritik oleh DAP sebelum ini kerana menghadiri program disebuah sekolah hanya kerana sekolah tersebut menagnjurkan satu program yang bertemakan politik dan tajuk yang berkait rapat dengan peranan UMNO dalam pencapaian kemerdekaan. 

Namun tindakan Guan Eng ini adalah keterlaluan dan jauh lebih teruk dan buruk kerana selain ianya meracuni minda kanak – kanak hal ini juga secara tidak langsung boleh membakar emosi kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan. 

Lian Ker juga menasihatkan agar DAP dan Guan Eng memberhentikan tindakan mereka yang serba lalai dan langsung tidak memperdulikan pembangunan Negara dan seharusnya tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang dikeji kerana ianya bersifat tidak selari dengan semangat mendidik kanak – kanak untuk berfikir secara kritikal dan rasional setelah diberi fakta atau hujah tentang sesuatu dasar atau keputusan.


DAP Semakin Parah Dengan Politik Toksiknya [Video] #MCA Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 18 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...