Monday, 26 March 2018

DAP Mahu Singkir MCA? #MCA #BetterNation

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menempelak DAP kerana mempunyai pendirian yang tidak tetap. Ini berdasarkan kepada kenyataan DAP yang seolah  olah bersungguh sungguh untuk menghapuskan MCA dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Perbezaan pendapat dan kenyataan dari pimpinan DAP membuktikan akan hal ini dimana Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching telah menegluarkan kenyataan media pada 31 Januari lalu dengan mengatakan bahawa DAP sedang dalam misi untuk ‘menamatkan’ kepimpinan MCA tetapi dua minggu kemudian ianya dinafikan oleh Lim Kit Siang. 


Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sewaktu melancarkan Forum Pelancongan Malaysia - China 2018 di Muar, Johor dengan secara jelas memaklumkan kepada pihak media dengan mengatakan bahawa parti itu dalam misi untuk menyingkirkan Barisan Nasional (BN) 

Namun apa yang nyata ialah misi utama DAP pada PRU14 adalah untuk menyikirkan pemimpin pemimpin Cina dari BN daripada arena politik. Ini disebabkan sebanyak 35 kawasan yang akan dipertandingkan oleh DAP ianya jelas menentang calon MCA atau Gerakan. Ujar Wee Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Ka Siong juga menempelak tindakan DAP yang meletakkan calon mereka hanya untuk menentang MCA dan Gerakan untuk menghapuskan MCA namun mempersoalkan tindakan mereka yang tidak meletakkan calon untuk berhadapan dengan UMNO meskipun berkobar kobar menyatakan untuk turut menghampuskan UMNO namun tidak meletakan calon untuk bertanding di kerusi BN dari UMNO. Ini jelas maksud mereka hanyalah untuk menghampuskan MCA dan Gerakan. 

Ka Siong yang juga Ahli parlimen Ayer Hitam, Johor yang telah dimenanginya selama 3 penggal itu juga menyatakan bahawa, hal Ini jelas menujukkan DAP langsung tidak konsisten dalam tindak tanduk mereka dan tidak salah untuk menggelarkan mereka ‘parti yang tidak konsisten’. 

Ka Siong turut bersetuju dengan pandangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang telah menyatakan bahawa misi DAP pada PRU14 adalah untuk ‘membunuh’ pemimpin Cina dari parti lain. 

Pakatah Harapan (PH) adalah juga adalah Pakatan Hipokrit kerana mereka pernah berjanji untuk memansuhkan dana pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada PRU13 namun dalam manifesto mereka pada PRU14 pula berbeza dimana ianya dinyatakan bahawa PTPTN akan diteruskan tetapi tempoh bayaran balik kepada pemimjam akan dilanjutkan sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan.
DAP Mahu Singkir MCA? #MCA #BetterNation Daeng Selili Rating: 5 Monday, 26 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...