Wednesday, 14 March 2018

Baik Mahathir Dan Mukhriz Masuk DAP!

Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz, didakwa bakal bertanding atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tindakan itu dikatakan berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu, khususnya di kawasan hendak ditandingi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa hasrat Pengerusi dan Timbalan Presiden PPBM itu mewujudkan satu usaha dalaman oleh kelompok 'proMahathir' untuk mensabotaj pendaftaran parti berkenaan dengan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendakwa kegagalan mendapat kelulusan pendaftaran PPBM dijadikan alasan untuk Dr Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding menggunakan logo DAP.

"Hingga hari ini, parti bunga masih gagal mendapatkan kelulusan hitam putih ROS sama ada mesyuarat agung parti itu, baru-baru ini, sah ataupun tidak.

"Banyak pihak dalam parti bunga itu menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca utama parti berkenaan gagal mematuhi perlembagaannya sendiri dalam melaksanakan mesyuarat agung," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Puad mendakwa, Dr Mahathir menggunakan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' untuk memastikan mereka dua beranak menang pada PRU-14 walaupun bertanding di kerusi majoriti Cina.

Sehubungan itu, beliau meminta Dr Mahathir memberi penjelasan segera mengenai isu berkenaan sama ada ia satu strategi politik yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan ramai. - sumber : Berita Harian

Lebih baik Mahathir dan Mukhriz masuk DAP dan bertanding didalam pemilihan CEC DAP dan mari kita kira berapa jumlah undi mereka terima dari pemilih yang secara umumnya adalah ANTI MAHATHIR.

UMNO terpalit tahi yang ditinggalkan Mahathir setelah sekian lama, dan semua umum tahu Mahathir mahukan anak kesayangnnya BOBOI untuk memegang kuasa didalam pimpinan Mahathir dan hal ini adalah tidak boleh belaku dizaman Najib Razak.

Jika sebelum ini Mahathir boleh memengawal presiden UMNO yang terdahulu tidak pada kali ini. Najib jauh lebih berani dan terbuka dalam semua serangan yang dilemparkan oleh Mahathir meskipun kini DAP ibarat alat "life support" untuk memastikan matlamatnya tercapai meskipun terpaksa mengadaikan maruah beliau.



Baik Mahathir Dan Mukhriz Masuk DAP! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 14 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...