Tuesday, 27 February 2018

#SPAD Kesan 309 Kesalahan Sepanjang Operasi Tahun Baru Cina 2018!


Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina ini, SPAD telah mengadakan operasi penguatkuasaan bersama PDRM , Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , AADK Malaysia Fan Page , Jabatan Imigresen Malaysia dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya selama 17 hari bermula 9 hingga 25 Februari 2018.

Sepanjang operasi dijalankan, jumlah keseluruhan kesalahan yang telah dicatitkan ialah 309 kesalahan daripada 4459 buah kenderaan yang diperiksa.

Tiga kesalahan utama yang didapati ialah; (1) kegagalan mengutamakan keselamatan terhadap penumpang & pengguna jalan raya yang lain seperti membawa muatan secara bahaya (2) tidak mempunyai kad pemandu untuk mod teksi, (3) kegagalan mengemukakan permit kenderaan untuk mod bas.

Terima kasih kepada semua agensi - agensi yang terlibat dalam operasi pada tahun ini serta kepada semua pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang jalanraya.

Soal keselamatan haruslah sentiasa diutamakan oleh semua.
Untuk sebarang aduan mengenai pengangkutan awam darat, orang ramai boleh menghubungi SPAD 1800-88-7723 atau e-mel aduan@spad.gov.my







#SPAD Kesan 309 Kesalahan Sepanjang Operasi Tahun Baru Cina 2018! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 27 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...