Tuesday, 6 February 2018

Rakyat Tak Ada Duit, Jual Harga Mahal, Susu Tepung KR1M Mydin Tercemar Dengan Bakteria?!

Adakah penulis blog MalaysiaKini menerima bayaran dari pihak tertentu untuk terus mewujudkan persepsi negara ini dalam keadaan ekonomi yang memaksa rakyat Malaysia tertekan dalam kehidupan lantaran ketiadaan wang didalam saku masing masing?



Terbaru artikel di MalaysiaKini bertajuk "KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG?" dikongsikan kepada pembaca bilamana sebuah syarikat besar iaitu Mydin yang sebelum ini menerima peruntukan untuk melaksanakan KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA iaitu satu khidmat sosial kepada rakyat Malaysia dan mereka gagal dalam tugasan tersebut kini mereka menyalahkan kerajaan kerana rakyat tidak mahu membeli di kedai yang diwujudkan dan memaksa keistimewaan itu ditarik balik.

Sebelum ini KR1M dikritik oleh netizen kerana membekalkan barangan yang tidak berkualiti malahan pek pembungkusannya dibuat ala kadar. Teknik pengiklanan yang berkesan adalah SANGAT perlu untuk memastikan pengguna yakin dengan produk yang dijual akan tetapi syarikat tersebut gagal dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada pengguna secara langsung pengguna menolak untuk membeli di kedai syarikat itu.


"Kalau bau rasa macam barang lama dan hapak, ayam pun tak nak makan" komen seorang netizen yang pernah membeli di KR1M di Facebook @daengselili

Dalam artikel Utusan Malaysia sebelum ini mengutip pandangan rakyat yang mana kecewa dengan pengurusan KR1M antaranya bertulis :

"Rata-rata warga kota yang ditemui mendakwa terdapat beberapa faktor mereka jarang berkunjung ke KR1M. 

Selain barangan dijual tidak berkualiti, stok yang sentiasa kehabisan selain susun atur kurang menarik secara tidak langsung mendorong mereka untuk membeli-belah ke kedai lain. 

Berdasarkan pemerhatian Utusan Malaysia di salah sebuah KR1M turut mengesan beberapa barangan dalam tin kemek. Stok barangan di rak juga didapati kosong sekaligus membenarkan dakwaan segelintir pengguna." - Utusan Malaysia | 24 Feb 2016

Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pengarah urusan hypermarket Mydin menafsirkan rakyat tidak ada wang kerana menilai dari aktiviti pembelian di hypermarket sahaja. Disitu nampak kedangkalan beliau dalam memberikan pandangan yang tidak adil. 

Pada tahun lalu Lazada sebuah website penjualan atas talian mengaut keuntungan sehingga berbillion ringgit. laporan dari Berita Harian pada Selasa, 19 Disember 2017 Lazada Malaysia berkata, angka jualan itu lebih dua kali ganda daripada yang dicapai pada tahun sebelumnya (2016) dan mengatasi rekod jualan 11.11 sebanyak AS$123 juta (RM501 juta).


SUSU DI KR1M ADA BAKTERIA?

"Susu tepung dijual di KR1M dicemari bakteria E-coli, selain beberapa produk lain berkualiti rendah dan tidak semurah dijanjikan kerajaan." - Rujuk laporan FMT [sini] 30 Julai 2017

Ameer Ali Mydin, Dimana kata rakyat tak ada duit?! Adakah ini cara nak sorok kegagalan Mydin dalam menguruskan amanah kerajaan untuk membantu rakyat? 

Malah belaku hal dimana ada menjual barangan keperluan dengan harga yang mahal hinggakan pembangkang hentam kerajaan balik dan memaksa KR1M dipaksa tutup seperti yang dilaporkan dalam sebelum ini 

Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal 

"“Sebab saya wujudkan kedai itu untuk membantu rakyat di kawasan saya. Tapi jelas harganya lebih mahal, sedangkan kerajaan beri peruntukan tertentu kepada syarikat itu untuk menjual barang di bawah harga pasaran,” - Rujuk laporan FMT [sini] 29 Julai 2017

Apa jenis manusia? Diberi amanah tetapi Sabotaj?!



Dikongsikan fakta yang diutarakan oleh Saudara Tun Faisal Ismail Aziz [sini]

FAKTA ATAU AUTA: MYDIN KATA KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG?

1. Saya mendengar temubual Melisa Idris dengan Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pengarah urusan rantaian hypermarket popular Mydin di BFM Radio semalam. Memang benar Ameer ada menyebut perkara sebegini. Walaupun itu hanya andaiannya berdasarkan aktiviti perniagaan hypermarket semata-mata. TIDAK TEPAT JIKA DIA MENYIMPULKAN, HANYA KERANA ORANG KURANG BERBELANJA DI HYPERMARKET, MAKA ITU INDIKATOR BAHAWA "RAKYAT MALAYSIA TIADA WANG".

2. Peningkatan KDNK negara bukan ditentukan oleh hypermarket semata-mata, tetapi oleh banyak sektor dalam negara. Sektor pertanian misalnya menyumbang pertumbuhan sebanyak 5.6% pada tahun 2017, perlombongan dan kuari 0.5%, pembuatan 5.5%, pembinaan 7.6% dan perkhidmatan 5.9%. Dalam sektor perkhidmatan pula, Utiliti menyumbang 2.5%, Perniagaan Borong dan Runcit 6.5%, Makanan, Minuman dan Penginapan 7.6% dan banyak lagi. Malah dalam perniagaan borong dan runcit, bukan Mydin dan hypermarket sahaja yang menjadi penyumbangnya kerana perniagaan borong dan runcit melibatkan jauh lebih ramai pemain. Jumlah keseluruhan sumbangan seluruh sektor ini kemudiannya akan membentuk keseluruhan KDNK negara.

3. Walaupun pertumbuhan dalam sub-sektor hypermarket menguncup, namun Ameer ada menyebut bahawa, selepas Mydin Mohamed Holdings Bhd menjual SAM's Groceria, sejumlah pasaraya mini, menghentikan operasi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan melaksanakan pemotongan kos yang sangat ketat secara besar-besaran, tidak mengambil pekerja baru dan tidak menaikkan gaji pekerja, baharulah Mydin memperolehi keuntungan semula sebanyak RM30 juta. Jika RAKYAT MALAYSIA BENAR-BENAR TIADA WANG, BAGAIMANA MYDIN BOLEH MEREKODKAN KEUNTUNGAN RM30 JUTA? Adakah keuntungan sebanyak RM30 juta ini hasil perolehan daripada rakyat Bangladesh, Indonesia, China, Korea atau warga asing yang lain?

4. Menurut The Edge, "Mydin Holdings mencatatkan kerugian pertama dalam tempoh 6 dekad dalam tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2016. Alasan yang diberikan adalah pertama, RINGGIT YANG MELEMAH berbanding Dollar AS dan kedua, kesan pengembangan AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTI-PENCATUTAN 2011. Kerugian yang dicatatkan adalah RM156.61 juta dari perolehan sebanyak RM2.99 bilion".

5. Dalam laporan yang sama, The Edge menyebut "dalam bulan Februari 2017, RAM Ratings menyatakan KERUGIAN Mydin Holdings ini juga adalah kerana "A LAGGED RESPONSE TO THE MISPRICING OF PRODUCTS AT THE GROUPS MINI MARKETS AND CONVENIENCE STORES (dan BUKAN KERANA RAKYAT MALAYSIA TIADA WANG).

6. Ada kebenaran kenyataan RAM Ratings ini kerana semakan The Edge terhadap Sam’s Groceria Sdn Bhd menunjukkan ia adalah syarikat yang membuat kerugian, iaitu kerugian bersih sebanyak RM27.49 juta daripada perolehan sebanyak RM63.16 juta dalam tahun kewangan 2016. ADAKAH SAM'S GROCERIA RUGI KERANA RAKYAT TIADA WANG? Sam's Groceria adalah PASARAYA PREMIUM yang mensasarkan PEMBELI DALAM KALANGAN GOLONGAN BERPENDAPATAN TINGGI. Pasaraya ini menawarkan lebih 19,000 barangan, yang mana 60% daripadanya adalah BARANGAN IMPORT dari Amerika Syarikat, Australia, Japun, India, Taiwan dan Thailand. SASARAN MYDIN BUKAN RAKYAT BIASA, TAPI RAKYAT YANG MEMPUNYAI WANG (PENDAPATAN TINGGI). JIKA SAM'S GROCERIA RUGI, MAKA ISUNYA BUKAN RAKYAT TIADA WANG TAPI KERANA IA MENYASARKAN SEGMEN YANG SALAH ATAU IA GAGAL MENARIK SEGMEN ITU BERBELANJA DI SITU.

7. The Edge turut melaporkan bahawa Mydin Holdings juga menjual MyMydin Sdn Bhd, yang mengendalikan operasi 48 kedai serbaneka (convenience store) MyMydin kepada Jubilee Games Sdn Bhd. MyMydin merekodkan kerugian bersih sebanyak RM16.64 juta dan kerugian terkumpul sebanyak RM39.39 juta. JIKA BENAR RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI WANG SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH AMEER, MAKA PEMILIK JUBILEE ADALAH SANGAT TIDAK CERDIK KERANA MEMBELI 48 BUAH KEDAI SERBANEKA DARIPADA MYDIN HOLDINGS YANG MEREKODKAN KERUGIAN DEMI KERUGIAN.

8. Sebenarnya Ameer boleh sahaja mengandaikan bahawa rakyat Malaysia sekarang lebih bijak dan berhati-hati dalam berbelanja. Mereka tidak membeli keperluan dan menyimpan stok seperti dulu. Kedua, persaingan sudah menjadi semakin sengit dan rakyat akan berbelanja di premis yang boleh menawarkan harga paling rendah. Ketiga, rakyat Malaysia tetap berbelanja untuk memenuhi kehendak mereka dan mereka akan berjimat cermat untuk memastikan mereka dapat memenuhi kehendak mereka. Jika diperhatikan dalam pasaran kereta, jualan kereta menujukkan peningkatan, misalnya Perodua, meningkat 2.4% pada pertengahan tahun 2017, Honda, 19% pada tahun 2017 dan Mercedes meningkat 2.3% pada tahun 2017. Rakyat Malaysia juga berbelanja lebih RM6.8 bilion untuk membeli telefon bimbit sepanjang tempoh 2016 hingga 2017. Jumlah rakyat yang melancong di dalam dan ke luar negara serta menunaikan umrah juga meningkat setiap tahun. Pelancong domestik membelanjakan RM66.5 bilion sepanjang tahun 2016. Jumlah perbelanjaan rakyat Malaysia di luar negara juga meningkat kepada RM43.4 bilion pada tahun 2016 berbanding RM41.7 bilion pada tahun 2015. Jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke Jepun meningkat 400% daripada hanya 65,010 pada tahun 2009 kepada 322,683 sehingga Oktober tahun 2017. Jumlah rakyat Malaysia yang pergi menunaikan umrah juga meningkat, iaitu hanya 80,000 pada tahun 2009 kepada 310,000 pada tahun 2016.

9. KESIMPULANNYA, bukan soal RAKYAT TIADA WANG, tetapi selepas mendengar secara penuh wawancara tersebut dan menyemak semula prestasi Mydin, boleh dikatakan PENETAPAN HARGA YANG SALAH (kenyataan RAM Ratings), KESILAPAN MEMILIH MODEL PERNIAGAAN (KR1M), KESILAPAN MEMILIH SEGMEN DAN KEGAGALAN MEMENUHI CITARASA SEGMEN TERSEBUT, DAN KOS OPERASI YANG TINGGI (GAJI DAN PENGAMBILAN PEKERJA) adalah punca Mydin Holdings merekodkan kerugian. Ternyata selepas Mydin membetulkan kesilapan-kesilapan itu, mereka tetap merekodkan keuntungan RM30 juta.

10. Tanpa analisis, memang dijangkakan Malaysiakini dan portal berita pro Pakatan akan mengambil kesempatan ke atas kenyataan-kenyataan seperti ini. Hampir sahaja BFM berjaya melagakan Ameer dan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Mujurlah Ameer bijak menjawab.
Rakyat Tak Ada Duit, Jual Harga Mahal, Susu Tepung KR1M Mydin Tercemar Dengan Bakteria?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 6 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...