Friday, 23 February 2018

Nancy Shukri Mangsa Berita Palsu #KekalNajib #TolakPakatan

“Demi Allah pada hari ini saya menyatakan saya tidak pernah mengatakan demikian,” - Nancy Shukri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri telah dituduh dengan menyatakan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan “Bumiputra akan mencuri kalau tidak dibantu kerajaan”. Kenyataan ini telah dinafikan oleh beliau malah tuduhan ini telah ditimbulkan kembali meskipun sebenarnya beliau telah menafikan semenjak tahun 2013 lagi. 

Tindakan pihak tertentu yang menyebarkan semula tuduhan lama ini melalui media sosial telah diselar oleh Nancy Shukri kerana ianya adalah satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali. 

Sebuah media pro pembangkang telah memutarbelitkan kenyataan beliau semasa menjawab soalan dalam satu program yang dihadirinya lima tahun lepas. Perkara ini tidak adil dirasakan oleh beliau kerana bermula 2013 sehinggalah tahun 2018 yang mana apabila menjalng Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) tuduhan yang sama masih juga di sebarkan walhal ianya telah dinafikan sudah sekian lama. 

Dengan tegas dan bersumpah dengan nama Allah, Nancy Shukri menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian dan beliau meminta agar rakyat agar tidak terjebak dengan taktik kotor pihak pembangkang. 


Nancy Shukri Mangsa Berita Palsu #KekalNajib #TolakPakatan Daeng Selili Rating: 5 Friday, 23 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...