Monday, 19 February 2018

Nancy Shukri Di Fitnah Lagi?! #KekalNajib #TolakPakatan

Pemilik akaun Facebook Lie Willes telah dikenal pasti sebagai individu yang menebar fitnah terhadap  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri. Satu poster fitnah yang memburuk burukan Nancy Shukri telah dimuat naik dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya. “Posting” tersebut bukan sahaja dilihat menfitnah malah turut diulas dengan kenyataan yang amat jelek. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar telah mengesahkan bahawa pihak polis sudah menerima satu laporan yang dibuat seorang orang awam berkenaan fitnah ini.


Fitnah yang memaparkan poster Nancy Shukri yang tertera kenyataannya pada tahun 2013 yang ternyata tidak benar dan telah dinafikan dengan sekeras –kerasnya oleh Nancy Shukri sendiri. Namun ianya telah beberpa kali telah disiarkan di media sosial demi kepentingan dan agenda politik pihak tertentu. 

Datuk S.Dev Kumar juga telah memaklumkan bahawa pihak polis sedang menyiasat kes ini sebagai satu fitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 akta komunikasi dan Multimedia 1998. Pemilik akauan yang telah dikenal pasti itu akan diburu bagi membantu siasatan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam yang berusia 48 tahun di Balai polis Sentral setelah beliau membaca kiriman Facebook berkenaan. Pengadu merasakan bertanggungjawab dan tindakan perlu diambil untuk membuat laporan polis berikutan beliau mengetahui bahawa kiriman tersebut adalah satu fitnah yang telah beberapa kali dikeluarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Meskipun telah dinafikan oleh Nancy Shukri namun masih tetap dikeluarkan.

Pengadu juga memaklumkan bahawa beliau bersetuju dengan langkah kerajaan bagi menggubal undang undang dalam usaha untuk memerangi berita palsu.
Nancy Shukri Di Fitnah Lagi?! #KekalNajib #TolakPakatan Daeng Selili Rating: 5 Monday, 19 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...