Wednesday, 28 February 2018

Namawee Cerminan Generasi DAP?! #KekalNajib #BetterNation #Perjuangan4All #PakatanProDAP

Namawee nama yang sinonim dengan sikap dan tingkahlaku yang biadap dan kurang ajar terhadap orang melayu dan islam di Negara ini. Beliau adalah hasil didikan DAP. Kalau pada tahun 2008 dahulu Namawee mempertikaikan azan subuh. Tetapi kini beliau lebih ekstrem dan berani dengan menari lagak yang seperti anjing dan lucah di hadapan Masjid Putrajaya.

Persoalannya mengapa perlu menari di hadapan Masjid Putrajaya, yang peliknya kenapa tidak dipilih di tempat lain adakah ianya sengaja atau sudah dirancang? Dan yang lebih pelik dan menghairankan lagi terdapat orang islam yang tidak kisah bila ada “anjing” menari dan beraksi lucah di depan Masjid Putrajaya.

Niat DAP yang terselindung dalam agenda merosakkan akidah pemimpin islam dalam PAN nampaknya telah berjaya. Indoktrinasi yang ditanam dan diracun secara halus telah membuahkan hasil dimana terdapat juga para pemimpin PAN serpihan dari PAS yang turut memperlekehkan islam dengan sengaja membutakan mata dan memekakkan telingan apabila islam diperlakukan sesuka hati oleh pihak tertentu. Kalau dulu mereka adalah jaguh dan amat lantang bersuara. Namun kini suara gegak gempita mereka itu hilang di sebalik “roket” DAP.

Ketika bersama PAS, mereka inilah yang menjadi jaguh dan berani bangun untuk bersuara bagi menzahirkan perasaan amarah dan kecewa terhadap mereka yang mempersedakan islam tetapi kini ianya begitu berbeza sekali.

Wee Meng Chee atau Namawee telah menerbitkan dan memuatnaik satu video berjudul ‘Like A Dog’ dengan mascot anjing menari di kawasan depan Masjid Putrajaya. Video ini telah di tentang dengan lantang sekali oleh mereka yang begitu peka dan sesnsitif terhadap kesucian agama islam kerana ianya amat biadap sekali. 

Tetapi yang amat menghairankan ialah apabila isu ini mendapat respond yang kontradik sekali dari Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi PAN, Mohamed Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang. Beliau telah mempertikaikan siasatan polis keatas Namawee dan secara tidak langsung membela Namawee. Beliau mempertikaikan kredibiliti pihak polis khususnya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun atas siasatan yang dijalankan terhadap Namawee kerana baginya beliau tidak melakukan apa – apa kesalahan jenayah.

Sikap dan kelakuan Hanipa ini telah melukakan hati umat islam kerana beliau mempertahankan Namawee, kerana telah sedia maklum akan kelakuan dan sikap Namawee itu sendiri yang ternyata tidak insaf dengan mengeluarjkan video – video seumpama ini.

Pada tahun 2010, Namawee telah menyiarkan klip video yang amat biadap yang bertajuk ‘Negarakuku’. Klip video ini telah menerima kecaman ramai kerana ianya jelas cuba menyemarakkan isu perkauman sama juga seperti memperlekehkan isu azan di masjid.



Bakat apa yang ada pada Namawee sehinggakan Hanipa meminta supaya bakat beliau ini tidak disekat dan diganggu. Adakah yang mempamirkan sikap dan kelakuan yang tidak senonoh ini yang dipanggil bakat?.

Hanipa yang sememangnya seorang yang berfikiran kritis dan bersikap menentang waima terhadap perkara – perkara yang remeh. Pada tahun 2015, sewaktu belaiu menjawat jawatan AJK PAS Pusat, beliau tidak takut untuk menkritik Presiden PAS Abdul Hadi awang secara terbuka dengan menyatakan bahawa “ahli PAS yang menyokong Abdul Hadi untuk terus kekal sebagai Presiden adalah merosakkan parti”. Kenyataan beliau ini telah dikecam oleh pemimpin yang lain dalam PAS.

Rintitan daripada itu, Dr Kamarul Zaman Yusoff iaitu Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menegur Hanipa kerana membela fahaman ateisme.

Apa yang dilakukan oleh Namawee adalah satu bentok provokasi dan seolah – olah mencabar umat islam dan ianya bukanlah satu bentuk kebebasan bersuara yang sepatutnya di amalkan di Malaysia kerana tindakan Namawee itu memang tidak masuk akal.

Jangkaan orang ramai yang menyatakan PAN adalah anak didik DAP dalah betul dan tepat sekali. Apabila Hanipa membela Namawee, ianya menyebabkan kemarahan orang ramai kerana ia seolah – olah menunjukkan beliau tidak sensitif apabila islam dihina. Sangkaan mereka Hanipa boleh menolong, namun harapan mereka ternyata meleset dan boleh pula Hanipa membela Namawee.

Pihak Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang menyiasat Namawee kini. Beliau disiasat dibawah seksyen 298 Kanun Keseksaan (mengeluarkan kenyataan dengan niat mencetuskan kemarahan perasaan agama orang lain) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas salah guna kemudahan atas talian.

Terbuktilah sudah bahawa PAN telah menjadi “screw DAP”. Dr Ariff telah “discrew” oleh DAP di Pulau Pinang untuk meluluskan kandang babi. Kesan daripada itu, hari ini Tasek Gelugor sudah menjadi “sungai najis babi”.

Manakala di peringkat nasional, PAN dipergunakan oleh DAP dalam Isu RUU355 yang mana ianya ditentang habis habisan. Pasal Namawee dan kandang babi, PAN sudah menjadi tuli. Ternyata racun liberal dan pluralisme DAP sudah masuk dan sebati dalam kepala PAN. Kejayaan mutlak DAP untuk menindoktrinasi PAN.
Namawee Cerminan Generasi DAP?! #KekalNajib #BetterNation #Perjuangan4All #PakatanProDAP Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 28 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...