Wednesday, 28 February 2018

#Mybas Terengganu Mulai 1 Mac 2018 #SPAD

Mybas dalam objektifnya menyediakan perkhidmatan dikawasan luar bandar kini bakal dilaksanakan di Kuala Terengganu. Program dibawah Transformasi Perkhidamatan Bas Berhenti Henti (SBST) akan mula beroperasi pada 1 Mac 2018 dimana lebih awal dari jangkaan (cadangan pada suku kedua 2018 - 3 bulan awal dari sasaran). 


Pelaksanaan awal ini berikutan termetrainya kontrak diantara pengendali MARA Liner Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada 18 Januari lalu.


Dikongsikan bersama kenyataan media dari pihak SPAD.


KENYATAAN MEDIA

myBAS KUALA TERENGGANU MULA BEROPERASI 1 MAC 2018
Fasa satu bermula lebih awal daripada jangkaan

28 Februari 2018, Kuala Terengganu – Pelaksanaan berperingkat perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST), akan mula beroperasi pada 1 Mac 2018, lebih awal daripada jangkaan sebelum ini iaitu pada suku kedua 2018. Pelaksanaan ini adalah berikutan pemeteraian kontrak di antara pengendali MARA Liner Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah ditandatangani pada 18 Januari 2018 yang lepas. 

Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu menawarkan perkhidmatan yang merangkumi 1 laluan utama (trunk route) T202 dan satu laluan pengantara (feeder) F100 bermula pada 1 Mac 2018 dan 2 lagi laluan utama T102 dan T301 yang akan beroperasi pada 15 Mac 2018. Jarak keseluruhan bagi operasi Fasa 1 adalah hampir 100km. Sebelas (11) bas mini berkapasiti 38 penumpang, akan disediakan bagi pelaksanaan Fasa 1 ini.

Perkhidmatan myBAS bermula pada 1 Mac 2018:



Perkhidmatan myBAS bermula pada 15 Mac 2018:


Bagi mendapatkan maklumat terkini yang lebih terperinci mengenai perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu, orang ramai boleh melayari www.maralinergroup.my atau melalui Facebook.com/MARALinerSdnBhd atau Twitter @MaralinerGroup.
#Mybas Terengganu Mulai 1 Mac 2018 #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 28 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...